Berita Harian

6 kitaran utama pelaburan

Fahami kaedah PILC bagi raih keuntungan besar

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Pelaburan hartanah sentiasa menjadi antara pilihan kegemaran bagi individu yang ingin menjana kekayaan, disebabkan ia dianggap antara kategori aset paling selamat.

Dengan harga rumah yang sentiasa meningkat sejak 2010 di Malaysia, pelabur memilih pelaburan hartanah untuk menambah kekayaan mereka.

Pelabur kini memerlukan banyak maklumat dan pengetahua­n mengenai pasaran hartanah.

Maklumat asimetri (memiliki maklumat yang banyak dan lebih baik) membolehka­n pela bur memanfaatk­an peluang yang ada dan mereka perlu menguasai pragmatik (bidang) pelaburan untuk menjadikan­nya ia satu pelaburan berjaya serta mengelak daripada pelaburan yang pasif.

Bagi mendapatka­n gambaran lebih jelas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Max Capital Management Holding LTD, Max Shankar, menggarisk­an beberapa peringkat utama dalam Kitaran Pelaburan Hartanah (PILC).

Berikut adalah enam peringkat utama dalam PILC dan bagaimana kita dapat membuat keuntungan besar menerusi peringkat ini:

Pengambila­lihan tanah

Pembelian tanah biasanya jauh lebih murah sebelum ia diban gunkan berbanding tanah yang mempunyai struktur binaan sedia ada di atasnya.

Oleh itu, pemaju sentiasa mencari jalan untuk meningkatk­an saiz simpanan tanah mereka. Memperoleh kategori tanah yang tepat (pertanian, kediaman, komersial dan lainlain) dan saiz bersesuaia­n akan menentukan nilai potensi tanah berkenaan.

Pembanguna­n hartanah

Pembanguna­n hartanah ialah ‘mahkota’ sebenar di antara enam peringkat dalam kitaran ini kerana ia menyumbang kepada nisbah keuntungan terbesar dalam tempoh singkat.

Secara tradisinya, pemaju memperoleh sebidang tanah (kadangkala diadakan usaha sama dengan pemilik tanah) dan membina pelbagai unit menerusi satu tujuan sama.

Sebaik pembanguna­n siap, pemaju akan memasarkan unit terakhir kepada orang awam pada kategori premium.

Disebabkan halangan kemasukan yang tinggi, modal serta kepakaran besar yang digunakan, hanya syarikat dan konglomera­t besar dapat menyertai segmen yang menguntung­kan itu.

Bagaimanap­un, dengan menggunaka­n strategi pembanguna­n bersama, pelabur biasa juga turut sama boleh melabur.

Pengurusan

Pengurusan hartanah yang baik memainkan peranan penting dalam memastikan nilai pelaburan hartanah yang berterusan.

 ??  ?? Max Shankar
Max Shankar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia