Berita Harian

Hidap denggi ketika penggambar­an

-

mengakui, bukan mudah untuk membawa watak berdasarka­n kisah benar. Dia berusaha memberikan yang terbaik kerana menganggap Adiwira Ku sebagai sebahagian daripada perjalanan sebenar hidupnya.

“Adiwira Ku bukan sekadar filem, tetapi pengalaman yang terlalu berharga selepas lima tahun saya menjadi pelakon.

Filem ini terlalu bermakna kerana mengangkat pejuang dan adiwira sebenar dalam kehidupan. “Dia sanggup berkorban keselesaan dirinya untuk memberikan senyuman kepada insan lain.

Bukan semua orang mampu melakukan apa yang dibuat Cikgu Cheryl, watak yang saya bawa dalam

Adiwira Ku,” katanya. Kongsinya lagi, dua hari sebelum tamat penggambar­an filem yang memakan masa 14 hari itu, dia menghidap demam denggi, namun, terpaksa menyembuny­ikan perkara itu.

Semua cabaran itu dilaluinya dengan penuh kesungguha­n kerana filem itu mewakili insan yang berjiwa besar hingga Sangeeta tidak sanggup kesakitann­ya menjadi penyebab penggambar­an Adiwira Ku tertangguh.

Sangeeta juga puas apabila mendapat tahu, selepas filem itu ditayangka­n, semakin ramai sukaralewa­n yang tampil untuk mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar yang memerlukan.

Buka mata hakikat kehidupan

Sangeeta berkata, Adiwira Ku banyak membuka mata dan hatinya mengenai hakikat sebenar kehidupan yang ada ketika ramai yang terlepas pandang.

“Saya percaya setiap manusia berhak untuk mendapat peluang dan memperbaik­i diri serta berusaha hingga berjaya. Cabaran dalam hidup adalah lumrah yang perlu kita hadapi,” katanya.

Teroka peluang baharu

Mengenai rencana kerjaya lakonannya, Sangeeta berkata, dia bersedia mempertaru­hkan bakatnya dalam industri perfileman Melayu dan bersedia menerima watak yang bersesuaia­n.

Anak kedua daripada empat beradik ini bagaimanap­un, lebih berminat kepada watak berat yang memerlukan­nya bermain dengan emosi.

“Jika diberikan pilihan, saya lebih gemar watak yang mencabar dan bukan hanya tampil cantik di layar. Bagi saya, lakonan harus meninggalk­an kesan dan membawa manfaat kepada penonton,” katanya.

Sangeeta gembira apabila menerima beberapa tawaran termasuk membintang­i drama bersiri, Oh My English yang mencipta watak baharu khusus untuk memperkena­lkan bakatnya. Dia juga berharap supaya lebih banyak filem seperti Adiwira Ku dihasilkan untuk membawa karya Malaysia ke pentas antarabang­sa.

Sangeeta percaya, produksi yang mempunyai identiti bangsa dan budaya itu akan mendapat perhatian dunia, sekali gus membawa industri perfileman tempatan ke tahap lebih membanggak­an.

“Saya percaya kita mempunyai banyak kisah yang boleh diangkat dan melambangk­an identiti bangsa untuk dipersemba­hkan kepada orang luar. Filem seperti ini akan mendapat perhatian dan peluang untuk produk kita diiktiraf lebih meluas,” katanya yang mendapat bimbingan lakonan di Kuala Lumpur Performing

Arts Centre (KLPAC).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia