Berita Harian

Cinta Zul Ariffin, Zahirah

- Raja Mawar Nurfatimah Mohamed

rajamawar@bh.com.my

Tkenyataan tidak lama dulu. Berbeza pula Zahirah, anak dara pelakon dan bekas pembaca berita TV3, Zainol Macwilson itu masih lagi boleh diajak berbual dan meluahkan isi hatinya.

Malah, Zahirah menafikan hubunganny­a dengan Zul terlerai gara-gara orang ketiga, tahun lalu. Cerita Zul dan Zahirah putus cinta bukan sekali tersebar, malah sudah agak kerap diperkatak­an.

Mungkin disebabkan khalayak tidak lagi melihat pasangan sama cantik, sama padan itu keluar di tempat terbuka atau hadir bersama dalam acara hiburan.

Malah, Zul dan Zahirah tidak memuat naik gambar bersama dalam laman sosial. Jadi, ramai meramalkan hubungan Zul dan Zahirah sudah berakhir.

Ada baiknya mereka tidak terlalu menunjukka­n sisi bahagia, simpan sedikit sebagai ruang peribadi. Orang luar boleh cakap dan ramal apa saja, tetapi hanya mereka yang tahu. Apa yang lebih penting, mereka bahagia.

Orang ketiga

Bagaimanap­un, Raja terkejut apabila diberitahu, hubungan Zul dan Zahirah benar-benar berakhir sejak beberapa minggu lalu.

Sumber mendakwa, hubungan cinta selama dua setengah tahun itu tidak mampu dipertahan­kan kerana campur tangan orang ketiga. Malah, orang ketiga yang dimaksudka­n suka mengutuk dan mengeji Zul dalam laman sosial. Siapa pula orang ketiga bermulut jahat itu?

Khabarnya, selama hari ini, Zul banyak berkorban untuk Zahirah. Hinggakan Zul menolak membintang­i filem dan drama pun kerana mahu menjaga hati Zahirah. Bimbang Zahirah cemburu dan tidak selesa jika dia berdamping dengan heroin lain.

Raja tengok kerjaya Zul yang pernah memuncak beberapa tahun lalu seperti bergerak perlahan sejak bercinta dengan Zahirah. Berlakon drama pun sudah kurang, tetapi mungkin inilah sebabnya.

Zul juga lebih suka menjauhkan diri dari media dan lensa kamera. Dia hanya muncul jika mempromosi­kan filem dan drama saja. Jika tiada cerita terbaharu, memang sukar mahu mencari Zul.

Bagaimanap­un, Raja mengharapk­an kesudahan baik buat perhubunga­n mereka berdua. Bercinta sudah lama, takkan boleh terlerai begitu saja. Raja dengar keluarga juga sudah lama merestui perhubunga­n mereka. Itulah kata orang, tidak elok bercinta lama-lama, banyak ujian yang menanti.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia