Berita Harian

Air tangan dapat pujian isteri, anak

-

memasak untuk keluarga antara perkara wajib andai berada di rumah, jadual harian yang padat juga bukan halangan menikmati terapi buat insan tercinta.

“Kebiasaann­ya saya suka memasak hidangan ringkas. Walaupun anak-anak mempunyai selera sendiri, mereka tidak memilih. Mereka nikmati apa saja yang saya masak.

“Apabila memasak sendiri, kita tahu bahan yang yang digunakan, malah kebersihan­nya juga terjamin. Di rumah, saya lebihkan sayur-sayuran yang dihidangka­n dalam pelbagai cara.

“Kami juga suka mencuba resipi baharu, tetapi lebih kepada hidangan yang mudah disediakan. Cukuplah kalau sajian itu membuka selera anak-anak dan mempunyai gizi seimbang,“kongsi Beckham penuh teruja.

Katanya lagi, selain melebihkan pengambila­n sayur-sayuran, dia gemar menyediaka­n ikan sebagai hidangan utama buat keluargany­a. Sambil tertawa kecil, katanya, dia bertuah apabila isteri dan anakanak sentiasa memuji air tangannya setiap kali dia masuk dapur sebagai tanda penghargaa­n mereka.

Anggap peminat bagai keluarga

Sementara itu, program AIA Healthy Living yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama sehari diisi dengan pelbagai aktiviti kecergasan.

Selain menawarkan pelbagai ganjaran istimewa termasuk keahlian percuma di pusat kecergasan, kemuncakny­a adalah kemunculan bintang tersohor dunia sukan itu.

Pastinya penantian kira-kira 2,000 pengunjung acara terbabit berbaloi apabila Beckham muncul di tengah pentas menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an berkaitan kempen itu menerusi media sosial.

Andai selama ini peminat hanya melihat personalit­i dikagumi menerusi skrin televisyen, majalah atau laman maya, kali ini Beckham berada di hadapan mata.

“Anda semua penyokong yang sangat menakjubka­n. Pertemuan ini umpama perhimpuna­n keluarga. Ia sangat menyeronok­kan, membuatkan saya berasa sangat bertuah.

“Sukar digambarka­n perasaan ini apabila bertemu ramai individu hebat seperti anda dan menerima layanan hangat sebagai tanda kehadiran saya dialu-alukan,“katanya.

Suntik semangat kepada peminat

Sebelum memeriahka­n program di dewan utama

KLCC itu, dia meluangkan masa bertemu kanak-kanak penerima manfaat AIA Touching Lives iaitu program tanggungja­wab sosial korporat kelolaan AIA.

Sempat meluahkan perasaan bangga melihat maklum balas ditunjukka­n peminat, khususnya remaja di setiap negara yang disinggahi, Beckham berkata, semangat mereka membuatnya teruja untuk berkunjung ke setiap lokasi.

“Mereka sentiasa menunjukka­n semangat luar biasa. Sudah tentu bola sepak yang menjadi topik pertanyaan mereka. Dari situ, jelas membuktika­n kecenderun­gan mereka terhadap sukan itu. Saya seronok berkongsi cerita dan pada masa sama, menitipkan kata-kata positif supaya semangat yang ada terus membara,” katanya.

Beckham yang dalam rangka promosi di

Asia selaku Duta Global AIA, terlebih dulu singgah di Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura sebelum Kuala Lumpur yang menjadi destinasi terakhir. Ia juga bukan kunjungan pertama Beckham ke ibu negara kerana pada November 2014, dia turut menghadiri sambutan ulang tahun jam jenama mewah di Pavilion.

Terdahulu, bersama Posh yang juga bekas anggota Spice Girls yang dikahwini pada 1999, mereka dikurniaka­n Brooklyn, 18; Romeo

James, 14; Cruz, 12, dan Harper Seven, 6.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia