Berita Harian

Kaunter kewangan merosot

Bursa tempatan susut 2.48 mata untuk ditutup 1,755.58

-

Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruh­i oleh penurunan di kaunter kewangan.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah 2.48 mata atau 0.14 peratus kepada 1,755.58 daripada 1,758.06 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.19 mata kepada 1,760.25 selepas bergerak antara 1,753.0 dan 1,760.25 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 419 berbanding 418, manakala 403 kaunter tidak berubah, 631 tidak diniagakan dan 55 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.02 bilion unit bernilai RM2.13 bilion daripada 2.31 bilion unit bernilai RM2.19 bilion pada Khamis.

Peniaga berkata, pasaran tempatan bersama dengan kebanyakan pasaran serantau mengakhiri suku ketiga 2017 negatif, susulan jangkaan kenaikan kadar faedah AS pada akhir tahun.

Pada peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.03 peratus kepada 20,356.28, Straits Times Index Singapura jatuh 0.39 peratus kepada 3,214.94, bagaimanap­un Hang Seng Hong Kong meningkat 0.48 peratus kepada 27,554.30.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare, masing-masing merosot empat sen kepada RM9.53 dan RM5.75, Public Bank turun 14 sen kepada RM20.44 dan Hong Leong Financial Group berkuranga­n 20 sen kepada RM16.60.

Sime Darby menokok satu sen kepada RM9.02, CIMB dan Axiata, masing-masing naik tiga sen kepada RM6.30 dan RM5.24, manakala TNB dan Digi, masingmasi­ng tidak berubah pada RM14.32 dan RM4.90.

Indeks Enam naik 13 mata

Indeks FBM Emas naik 13 mata kepada 12,531.29, Indeks FBMT 100 menambah 15.68 mata kepada 12,189.25, Indeks FBM Emas Syariah menokok 49.16 mata kepada 12,797.37, FBM 70 melonjak 142.89 mata kepada 15,057.13 dan FBM Ace meningkat 71.95 mata kepada 6,568.86.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n merosot 16.74 mata kepada 7,871.96, Indeks Kewangan susut 122.93 mata kepada 16,439.87, bagaimanap­un Indeks Perusahaan menokok 0.66 mata kepada 3,201.21.

Dalam kalangan kaunter aktif, Mlabs naik 2.5 sen kepada 12 sen, Trive Property menambah setengah sen kepada 17 sen, Hubline, Hibiscus Petroleum dan UMW Oil & Gas, masing-masing tidak berubah pada 11.5 sen, 64.5 sen dan 30 sen, dan Hiap Teck Venture jatuh 5.5 sen kepada 37 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.35 bilion unit bernilai RM2.02 bilion daripada 1.66 bilion unit bernilai RM2.08 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 500.74 juta saham bernilai RM86.18 juta daripada 504.63 juta saham bernilai RM96.01 juta semalam.

Waran meningkat kepada 161.22 juta unit bernilai RM17.84 juta daripada 134.62 juta unit bernilai RM13.12 juta.

Barangan pengguna menyumbang 74.26 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (350.27 juta), pembinaan (60.36 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (574.89 bilion), teknologi (80.197 juta), infrastruk­tur (9.70 juta), SPAC (682,300), kewangan (61.72 juta), hotel (797,400), hartanah (105.71 juta), perladanga­n (25.37 juta), perlombong­an (26,200), REIT (7.66 juta), dan dana tertutup (11,000).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia