Berita Harian

Dana pemulihan cukai AS lonjak pasaran

-

penggubal undang-undang untuk langkah perbelanja­an, pelan cukai itu membantu melonjakka­n saham.

Indeks dolar, naik lebih 1.0 peratus minggu ini, meletakkan­nya di landasan untuk merekodkan prestasi mingguan terbaik sejak Disember dan menghapusk­an sebahagian besar kerugianny­a pada tahun ini.

Saham Asia kembali naik

“Pakej fiskal Trump terus memacu pasaran,” kata penganalis­is Societe Generale, Guy Stear.

“Hasil bon AS meningkat baik sebagai tindak balas terhadap pemotongan cukai dan pasaran berisiko yang meluas kembali.”

Beliau berkata, kenaikan mendadak hasil Perbendaha­raan 10 tahun, yang mencecah paras tertinggi dua bulan sebanyak 2.36 peratus pada Khamis, memacu dolar lebih tinggi.

Euro naik 0.1 peratus kepada AS$1.1796, selepas didagangka­n di atas AS$1.20 baru-baru ini. Yen turun 0.2 peratus kepada 112.53 setiap dolar.

Terdahulu, saham Asia kembali meningkat selepas minggu yang sukar.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun melonjak 0.4 peratus namun masih turun 1.7 peratus untuk minggu ini.

Bagi suku ini, ia kelihatan bersedia untuk memperoleh 4.7 peratus.

 ?? [FOTO AFP ] ?? Indeks dolar, naik lebih 1.0 peratus minggu ini, meletakkan­nya di landasan untuk merekodkan prestasi mingguan terbaik.
[FOTO AFP ] Indeks dolar, naik lebih 1.0 peratus minggu ini, meletakkan­nya di landasan untuk merekodkan prestasi mingguan terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia