Berita Harian

Langkah berterusan banteras pusat judi haram disambut baik

-

Langkah drastik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggempur habis-habisan semua pusat judi haram di seluruh negara amat dialu-alukan dan perlu disokong oleh semua pihak.

Penubuhan pasukan khas diketuai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bagi menghapusk­an jenayah itu sehingga ke peringkat akar umbi juga amat bertepatan. Usaha yang dilaksanak­an sebelum ini tidak mencapai objektif.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) memberikan sokongan penuh kepada usaha polis membantera­s judi haram dan berharap semua pihak akan turut sama menjalanka­n peranan masingmasi­ng bagi menjayakan usaha murni ini.

Pihak berkuasa tempatan juga perlu memantau premis di kawasan mereka dan bertindak tegas terhadap pihak yang menjalanka­n kegiatan judi haram.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai pula perlu bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan segera melaporkan kegiatan judi haram jika mereka mempunyai sebarang maklumat.

Agensi lain juga perlu memainkan peranan, terutama Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mampu mengekang perjudian dalam talian yang kebanyakan­nya menggunaka­n server (pelayan) di luar negara.

Saya percaya tiga perkara yang menjadi tumpuan polis kali ini, iaitu mengambil tindakan terhadap semua pusat judi haram, sindiket terbabit dan mereka yang terbabit pasti dapat melumpuhka­n aktiviti yang semakin berleluasa di seluruh tanah air.

Agensi perlu bekerjasam­a

PDRM juga perlu bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan kerajaan yang terbabit melindungi kegiatan haram ini.

Ia akan dapat membersihk­an PDRM dan pihak berkuasa tempatan daripada mereka yang tidak mempunyai integriti serta menerima rasuah daripada mereka yang terbabit dengan pusat judi haram.

Namun tindakan polis mestilah dilakukan secara berterusan untuk membantera­s pusat perjudian haram.

Agak malang jika perang habishabis­an terhadap pusat judi haram ini hanya bertahan beberapa bulan kerana ia akan menimbulka­n keraguan orang ramai mengenai keikhlasan pihak berkuasa menanganin­ya.

Pada masa sama, operasi yang dilakukan sambil lewa ‘ibarat melepaskan batok di tangga’ pasti menyebabka­n sindiket judi terbabit semakin berani.

Semua pihak perlu ingat, judi haram adalah masalah sosial yang bukan sahaja mampu merosakkan individu tetapi juga boleh meruntuhka­n institusi keluarga dan melumpuhka­n masyarakat.

Bayangkan masalah sosial yang bakal dihadapi jika anak muda hanyut dan tenggelam dalam aktiviti haram di pusat judi haram yang membiak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

PDRM dan semua agensi terlibat, dengan sokongan NGO dan orang ramai, perlu memastikan perang habis-habisan kali ini berjaya melumpuhka­n semua jenis kegiatan judi haram.

Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pusat judi haram perlu dibanteras berterusan elak masalah sosial dan keruntuhan institusi kekeluarga­an.
[FOTO HIASAN] Pusat judi haram perlu dibanteras berterusan elak masalah sosial dan keruntuhan institusi kekeluarga­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia