Berita Harian

AS mahu tentera Myanmar dihukum

Washington anggap tempoh tindakan diplomatik sudah berakhir

-

Amerika Syarikat dengan sokongan padu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menuntut tindakan keras dikenakan ke atas tentera Myanmar susulan kekejaman terhadap etnik Islam Rohingya di negara yang dilanda krisis kemanusiaa­n itu.

Ringkasnya, Washington beranggapa­n sudah tiba masa sesuatu lebih efektif dilakukan kerana tempoh tindakan diplomatik sudah berakhir.

Gesaan itu menyusul selepas 23 orang terkorban apabila bot yang membawa pelarian Rohingya, karam di Bangladesh manakala Pertubuhan Antarabang­sa untuk Migrasi membuat andaian angka itu melepasi 60.

Duta AS, Nikki Haley ketika berucap pada persidanga­n Majlis Keselamata­n PBB berkata, pertumpaha­n darah yang berlaku di Myanmar adalah sesuatu yang memalukan kerajaan Aung San Suu Kyi.

“Kita tidak perlu takut untuk mengambil tindakan terhadap pihak berkuasa Myanmar berhubung tindakan mereka yang tidak ubah seperti kempen keganasan dan berterusan melakukan pembersiha­n etnik minoriti.

Tamatkan igauan Rohingya

“Pemimpin kanan Myanmar seharusnya berasa malu kerana sekian lama berjuang untuk menjadikan Myanmar sebuah negara terbuka dan demokratik,” kata Haley.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres turut melaungkan amaran keras kepada pemimpin Myanmar ‘menamatkan igauan pelarian Rohingya’.

Guterres menyeru Myanmar menghentik­an operasi ketenteraa­n dan membuka akses kemanusiaa­n di wilayah barat yang dilanda konflik itu.

“Keadaan ini sudah berkembang menjadi kecemasan pelarian paling pantas di dunia, sebuah mimpi buruk kemanusiaa­n dan hak asasi manusia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Seorang pelarian Muslim Rohingya menangis selepas mengenali mayat isterinya yang terkorban dalam insiden bot karam di pantai Inani di Cox’s Bazar, semalam.
Seorang pelarian Muslim Rohingya menangis selepas mengenali mayat isterinya yang terkorban dalam insiden bot karam di pantai Inani di Cox’s Bazar, semalam.
 ??  ?? Seorang budak lelaki menangis ketika bergelut dengan warga Rohingya lain untuk mencari anggota keluarga ketika beratur mendapatka­n bantuan di Cox’s Bazar, Bangladesh, kelmarin.
Seorang budak lelaki menangis ketika bergelut dengan warga Rohingya lain untuk mencari anggota keluarga ketika beratur mendapatka­n bantuan di Cox’s Bazar, Bangladesh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia