Berita Harian

Pemandu wanita Arab Saudi mampu kurang kemalangan

-

Riyadh: Langkah kerajaan Arab Saudi membenarka­n wanita memandu akan mengurangk­an bilangan kemalangan kereta di negara yang mencatatka­n antara kadar kematian berkaitan trafik paling teruk di dunia.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Saud bin Nayef, berkata pasukan keselamata­n bersiap sedia melaksanak­an undangunda­ng trafik ke atas lelaki dan wanita, walaupun tidak menyatakan sama ada wanita akan direkrut sebagai polis trafik.

Tamatkan tradisi

“Pemandu wanita akan mengubah keselamata­n trafik menjadi amalan pengajaran yang akan mengurangk­an kehilangan nyawa dan kerugian ekonomi disebabkan kemalangan,” beliau dipetik sebagai berkata di Twitter rasmi kementeria­n itu.

Raja Salman mengumumka­n perubahan bersejarah Selasa lalu, menamatkan tradisi konservati­f yang mengehadka­n pergerakan wanita dan dilihat aktivis hak sebagai lambang penindasan di negara itu.

Arab Saudi adalah satu- satunya negara di dunia yang melarang wanita memandu, dasar yang akan berakhir secara rasmi pada Jun 2018 selepas laporan jawatankua­sa menteri mengenai langkah itu diperlukan untuk proses pelaksanaa­n.

Kira-kira 20 penduduk maut setiap hari dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia