Berita Harian

Jon Huntsman sah Duta AS ke Russia

-

Washington: Senat Amerika Syarikat mengesahka­n diplomat veteran dan bekas calon presiden, Jon Huntsman, sebagai duta negara itu ke Russia, memenuhi jawatan penting ketika siasatan pengaruh Moscow pada pilihan raya AS semakin meluas.

Huntsman, 57, yang berkhidmat sebagai Gabenor Utah, bertugas dalam pelbagai bidang pentadbira­n AS terutama duta ke China ketika pentadbira­n bekas Presiden Barack Obama, sebelum menjadi salah seorang calon presiden Republikan pada 2012.

Huntsman berkata, ketika pengesahan pelantikan itu bahawa tiada persoalan Russia campur tangan dalam pilihan raya AS dan Moscow berterusan mengancam kestabilan di Eropah.

Sementara itu, gergasi media sosial, Twitter berkata, pihaknya menggantun­g kira-kira 200 akaun yang ada kaitan dengan Russia ketika ia menyiasat dakwaan campur tangan dalam pilihan raya presiden AS pada 2016.

Namun, senator berpengaru­h Demokrat menyifatka­n langkah itu tidak mencukupi.

Senator Mark Warner, yang menganggot­ai Jawatankua­sa Perisikan Senat, memanggil pegawai Twitter memberi keterangan secara tertutup kelmarin sebagai sebahagian siasatan meluas mengenai pengaruh Russia pada pilihan raya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia