Berita Harian

Vaksin tifoid baharu cegah jutaan jangkitan

-

London: Vaksin tifoid baharu yang dibangunka­n sebuah syarikat terbukti selamat dan tinggi tahap imunisasi ketika ujian didakwa mampu mencegah jutaan jangkitan jika lulus peringkat akhir ujian klinikal.

“Penyelidik­an kami menambah bukti untuk menyokong pembanguna­n Vaksin Vi-conjugate sebagai usaha untuk mengawal demam tifoid,” menurut ketua kumpulan penyelidik­an vaksin Universiti Oxford, Andrew Pollard.

Demam tifoid menyerang 12 sehingga 20 juta orang di seluruh dunia, terutama di rantau yang kualiti air dan kebersihan­nya rendah khususnya di Asia Selatan dan sebahagian kawasan Sahara Afrika.

Menurut rekod, satu kematian berlaku dalam setiap 100 kes dan kira-kira tiga peratus mereka yang dijangkiti menjadi pembawa penyakit kronik.

Menurut penyelidik, hasil kajian peringkat pertengaha­n vaksin Vi-conjugate itu juga selamat digunakan untuk bayi.

Keadaan ini secara tidak langsung membuktika­n ia mampu mencegah separuh daripada mereka yang menerima vaksin daripada dijangkiti ketika terdedah kepada penyakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia