Berita Harian

Walcott hadiah Giroud gol ke-100

Serahkan sepakan penalti semata-mata mahu rakan cipta rekod

-

Olivier Giroud kembali menemui sentuhan berbisa apabila meledak jaringan ke-100 bersama Arsenal, ketika skuad muda The Gunners menewaskan BATE Borisov, 4-2 pada saingan Liga Europa di Belarus, kelmarin.

Namun, rekod itu mungkin tidak akan tercapai jika Theo Walcott tidak memberikan sepakan penalti kepada Giroud, sedangkan dia sendiri berpeluang untuk merakam hatrik.

“Ada peluang buat saya mengambil penalti untuk hatrik, tetapi apabila mengetahui Olivier berada pada kedudukan 99 peratus gol, ia adalah peluang buatnya, kerana itu dia mengambil penalti berkenaan,” kata Walcott.

Walcott meledak gol dua kali buat kelab Liga Perdana itu, manakala Rob Holding turut menemui sasaran jaringan bagi mencipta kemenangan kedua Arsenal dalam saingan Kumpulan H.

Skuad kendalian Arsene Wenger itu menewaskan Cologne 3-1 di laman sendiri dalam penampilan pertama dua minggu lalu dan pasukan Jerman itu pula tewas sekali lagi kelmarin selepas tumbang 0-1 di laman sendiri kepada Red Star Belgrade.

Tukar sembilan pemain

Wenger melakukan sembilan perubahan kepada pasukan Arsenal, selepas mereka terbang ke Eropah Timur sejurus kemenangan 2-0 mengatasi West Bromwich Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Isnin.

Hanya Shkodran Mustafi dan Mohamed Elneny mengekalka­n tempat mereka, manakala ramai pemain muda dimasukkan seperti Joe Willock yang diberikan peluang beraksi pertama kali untuk pasukan senior.

Bagaimanap­un gabungan dua pemain veteran berjaya mencipta jaringan pembukaan Arsenal ketika Jack Wilshere melorongka­n bola untuk Walcott meledak dari jarak dekat.

Walcott menjadikan kedudukan 2-0 pada pertengaha­n babak pertama selepas kesilapan dilakukan penjaga gol BATE, Denis Scherbitsk­i, yang menyepak terus kepada penyerang England itu.

 ??  ?? Giroud (kiri) meraikan jaringan bersama Walcott di Borisov Arena, kelmarin.
Giroud (kiri) meraikan jaringan bersama Walcott di Borisov Arena, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia