Berita Harian

Mourinho tagih kudrat Martial

-

Manchester: Anthony Martial dijangka cergas menjelang aksi antara Manchester United dengan Crystal Palace, malam ini waktu Malaysia biarpun dia mengalami kecederaan ringan ketika aksi pertengaha­n minggu.

Dia cemerlang ketika melakar kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-juara, Khamis lalu - dengan menyempurn­akan penalti dan mencipta dua peluang gol untuk Romelu Lukaku.

Penyerang antarabang­sa Perancis itu bagaimanap­un gagal beraksi sepenuh masa apabila digantikan dengan Marcus Rashford dengan United menyatakan keputusan dibuat sebagai langkah berhati-hati.

“Ia sesuatu yang malang dia tidak dapat beraksi 90 minit kerana saya memang mahu dia berada di atas padang untuk seluruh perlawanan,” kata pengurus United, Jose Mourinho.

Mourinho berharap Martial dapat diturunkan menentang Palace selepas kecederaan yang menimpa beberapa tonggak utama pasukan itu.

Huni tangga kedua liga

Pemain tengah, Paul Pogba, Marouane Fellaini dan Michael Carrick tidak bersama pasukan ke Russia kerana kecederaan termasuk dua tonggak pertahanan, Phil Jones dan Antonio Valencia.

Pogba tidak beraksi sejak mengalami kecederaan hamstring ketika kemenangan ke atas Basel dalam saingan Liga Juara-juara pada 12 September lalu, manakala Fellaini mengalami kecederaan buku lali ketika menewaskan Southampto­n 1-0, Sabtu lalu.

Carrick, Jones dan Valencia yang turut cedera tidak pasti dapat diturunkan menentang Palace.

“Saya fikir Carrick tiada peluang untuk bermain. Jones pula saya masih meragui tahap kecederaan­nya manakala Fellaini saya berharap tetapi ia sekadar harapan,” kata Mourinho.

Walaupun diselubung­i dengan kecederaan pemain utama, namun The Red Devils ketika ini menghuni tangga kedua liga dan memenangi lima aksi terakhir mereka dalam semua kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia