Berita Harian

Penangguha­n kali ketiga untungkan skuad negara

Hanya tumpu aksi jumpa Hong Kong

- Oleh Firdaus Hashim

Penundaan kali ketiga membabitka­n aksi skuad Harimau Malaya menentang Korea Utara tidak memberi kesan kepada tumpuan dan fokus pemain untuk mengaum dalam baki empat aksi Kumpulan B Kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2019 ini.

Pengendali kebangsaan, Nelo Vingada berkata, keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang rakyat negara ini berkunjung ke Pyongyang amat menguntung­kan skuad kendaliann­ya apabila berdepan Hong Kong pada 10 Oktober ini.

Jelasnya, daripada dua aksi berturut-turut di tempat lawan yang terpaksa diharungi anak buahnya bermula menentang Korea Utara di Stadium Kim Ilsung, Pyongyang pada Khamis ini, kini fokus pemainnya hanya satu iaitu meraih kemenangan di Stadium Hong Kong nanti.

“Pada mulanya, saya harus memikirkan mengenai dua aksi iaitu bertemu Korea Utara dan Hong Kong secara serentak di mana kami akan beraksi di gelanggang lawan.

“Namun selepas larangan oleh Kerajaan Malaysia dan dipersetuj­ui AFC, fokus kami kini lebih terarah untuk persiapan menghadapi Hong Kong yang saya kira antara pencabar terkuat kami dalam peringkat kumpulan ini.

“Saya percaya apabila pemain hadir menjalani latihan pusat pada Rabu ini, tumpuan dan fokus mereka lebih baik dengan segala input yang akan saya berikan dalam latihan mengenai Hong Kong saja.

Misi wajib menang

“Apapun, kemenangan ke atas Hong Kong cukup penting dan wajib dibawa pulang sebelum kami meneruskan baki saingan menentang Lubnan dan Korea Utara,” katanya.

Semalam, Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) menangguhk­an aksi di antara Malaysia dan Korea Utara buat kali ketiga selepas Kementeria­n Luar melarang rakyat negara ini mengunjung­i Republik itu susulan ketegangan memuncak berhubung ujian peluru berpandu di Semenanjun­g Korea ketika ini.

AFC yang menerima keputusan berkenaan mengesahka­n ia akan dibincangk­an dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pertanding­an AFC bagi menentukan tarikh baru serta penetapan gelanggang yang akan diputuskan dalam waktu terdekat.

“Berdasarka­n jadual asal, kami akan menentang Korea Utara di Kuala Lumpur pada 14 November dan Lubnan pada 27 Mac tahun depan.

Terserah kepada AFC untuk menentukan­nya, tugas kami hanya mahu meraih mata dalam aksi berikutnya,” katanya.

Skuad negara sebelum ini memulakan kempen kelayakan dengan kekalahan 1-2 kepada Lubnan pada 13 Jun di Stadium Larkin, Johor sebelum terikat 11 menentang Hong Kong pada 5 September lalu di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Malaysia ketika ini berada di tangga tercorot kumpulan dengan satu mata dan wajib meraih tiga mata apabila bertemu Hong Kong bagi menghidupk­an peluang untuk mara ke pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dijadualka­n bermula 5 Januari hingga 1 Februari 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia