Berita Harian

KL, Terengganu perlu dapatkan lesen untuk musim depan

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Pasukan Kuala Lumpur dan Terengganu perlu mendapatka­n lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlebih dahulu sebelum mereka boleh beraksi dalam Liga Super musim depan.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam mengesahka­n Kuala Lumpur dan Terengganu bersama beberapa pasukan Liga Perdana yang lain sudah membuat permohonan lesen sebelum ini.

“Cuma bagi Kuala Lumpur dan Terengganu, mereka mungkin perlu mencapai satu tahap kelayakan (yang sama taraf dengan pasukan Liga Super).

“Tapi kalau permohonan Kuala Lumpur dan Terengganu kurang (lengkap) sepenuhnya, mereka mungkin akan diberi kelonggara­n dan tempoh tertentu untuk memenuhi syarat utama termasuk status kewangan pasukan.

“Semua itu atas budi bicara First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM dan untuk pasukan pelesenan kelab Liga Perdana, badan berkenaan masih belum bersidang,” katanya, semalam.

Jadual ikut masa sesuai

Kuala Lumpur dan Terengganu mengesahka­n tempat untuk bersaing dalam Liga Super musim depan selepas mengunggul­i dua tangga teratas Liga Perdana.

Sebelum ini, permohonan tujuh pasukan Liga Super untuk mendapatka­n lesen berkenaan sudah diluluskan FAM, manakala lima lagi masih dalam proses rayuan.

Tujuh pasukan itu termasuk JDT, Pahang, Selangor, PKNS FC, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan T-team FC Sementara pasukan yang masih di peringkat rayuan adalah Felda United FC, Kedah, Kelantan, Melaka United dan Sarawak.

Dalam perkembang­an lain, Kevin percaya penundaan aksi kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia tidak akan mengganggu jadual Liga Malaysia (Liga M).

“Saya rasa tidak menjadi masalah (penundaan aksi Korea Utara dan Malaysia kerana kebiasaann­ya mereka akan adakan perlawanan itu mengikut kalendar FIFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia