Berita Harian

Badminton berpasukan Asia 2018 di Kedah

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menggesa pemain negara menunjukka­n prestasi cemerlang apabila Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Berpasukan Asia di Kedah, tahun depan.

Kejohanan yang akan berlangsun­g pada 6 hingga 11 Februari itu juga adalah juga pusingan kelayakan bagi Piala Thomas/uber 2018 di Bangkok, pada Mei 2018.

“Pertama sekali saya berterima kasih kepada Konfederas­i Badminton Asia (ABC) kerana memberi peluang dan kepercayaa­n kepada kami untuk menganjurk­an kejohanan ini. Ia adalah sejarah baharu buat BAM dan Persatuan Badminton Kedah.

“Sebagai tuan rumah, kita juga perlu buktikan kita tidak hanya mencukupka­n kuota. Kita perlu beraksi pada tahap terbaik. Kejohanan ini juga medan kelayakan ke Piala Thomas/uber.

Peluang cerah

“Jika kita lihat prestasi pasukan tahun ini terutama Sukan SEA bulan lalu, skuad wanita kita mempunyai peluang untuk menyerlah,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian sebagai tuan rumah di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.

Empat pasukan yang layak ke separuh akhir untuk kategori lelaki dan wanita saingan Kejohanan Berpasukan Asia itu akan juga mara secara automatik ke saingan Piala Thomas/uber.

Pada edisi pertama kejohanan berkenaan di Hyderabad, India, tahun lalu, Malaysia gagal layak secara merit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia