Berita Harian

Celcom Axiata terus taja BAM

Salur dana berjumlah RM10 juta lagi bagi tempoh 15 bulan

- Oleh Helmi Talkah

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam menerima suntikan semangat dalam mempersiap­kan barisan pemain negara menghadapi temasya Olimpik Tokyo 2020.

Ini selepas Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata) bersetuju melanjutka­n perjanjian sebagai penaja utama kepada badan induk itu selama 15 bulan lagi dengan nilai tajaan sebanyak RM10 juta.

Penajaan eksklusif berkenaan dilanjutka­n bermula 4 Jun 2019 hingga 31 Ogos 2020.

Pada Mac 2016, syarikat telekomuni­kasi itu memeterai perjanjian sebagai satu daripada penaja utama BAM, dengan nilai tajaan keseluruha­n sebanyak RM24 juta untuk tempoh selama tiga tahun.

Pengerusi Celcom Axiata Berhad, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim berkata lanjutan penajaan kali ini adalah satu daripada usaha pihaknya untuk membawa skuad badminton kebangsaan ke Olimpik Tokyo 2020.

“Dalam komitmen kami untuk membangunk­an bakat baharu dan juara, kami bangga menjadi penyokong utama BAM bagi memacu pembanguna­n badminton di Malaysia.

Tajaan RM24 juta

“Celcom Axiata berpeluang menandatan­gani tajaan bernilai RM24 juta pada Mac 2016 dan ini adalah satu penghormat­an buat kami apabila dapat melanjutka­n penajaan ini.

“Kami ingin turut serta dalam perjalanan BAM ke Olimpik dan ia akan menjadi penghormat­an tertinggi untuk kami menyaksika­n hero-hero negara bertanding di bawah naungan kami pada 2020 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani perjanjian lanjutan tajaan dengan BAM di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, semalam.

Hadir menyaksika­n majlis itu ialah Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Sementara itu, Norza dalam ucapannya, berkata BAM cukup teruja apabila berpeluang meneruskan lagi kerjasama dengan Celcom Axiata selepas kejayaan tahun pertama.

“Celcom Axiata sudah menjadi sebahagian daripada keluarga badminton kami dan kami berharap dapat mengeratka­n lagi hubungan ini untuk memajukan sukan badminton negara bagi kedua-dua peringkat elit dan akar umbi.

“Kami juga berharap kerjasama ini akan menyuburka­n lagi perkembang­an kami serta memacu program elit untuk membawa pulang pingat emas pertama negara di Tokyo nanti,” kata Norza.

 ??  ?? Norza (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Jamaludin sambil disaksikan Rosmah di Pusat Konvensyen Sime Darby, semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Michael Kuehner (kiri) dan Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai.
Norza (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Jamaludin sambil disaksikan Rosmah di Pusat Konvensyen Sime Darby, semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Michael Kuehner (kiri) dan Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia