Berita Harian

Dua pelumba Ferrari penakluk

Vettel, Raikkonen catat masa terpantas 1-2, Hamilton keenam

- Oleh Saiful Affendy Sapran, Sukhairi Thani dan Fadli Ishak

Ferrari memberi amaran awal menjelang sesi kelayakan hari ini apabila dua pemandunya mendominas­i sesi latihan bebas Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), semalam.

Juara dunia empat kali Sebastian Vettel mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua dengan catatan 1 minit 31.261 saat (s), manakala rakan sepasukan Kimi Raikkonen ketinggala­n +0.604s di belakang rakan sepasukann­ya itu.

Vettel yang muncul juara terbanyak di SIC dengan rekod empat kali berkata, meskipun meraih catatan terpantas, dia tidak mahu terlalu meletakkan keyakinan tinggi pada sesi kelayakan hari ini.

Lakukan kejutan

“Sesi latihan pertama di sebelah pagi berdepan situasi tidak menentu dan tidak banyak pusingan dapat dilakukan.

“Tapi pada sesi latihan kedua, ia lebih baik dan jentera bertambah baik sejak awal. Kemudian kami mencuba beberapa perkara baharu, namun tidak dapat melakukan sepenuhnya kerana sesi latihan kedua terpaksa dihentikan kerana bendera merah.

“Nampaknya kami mempunyai Pelumba Ferrari pakej yang baik dan segalagala­nya terpulang kepada kami untuk meraih keputusan terbaik pada sesi kelayakan dalam apa juga situasi cuaca,” katanya.

Dua pemandu Red Bull Racing juga mempamerka­n prestasi memberangs­angkan.

Daniel Ricciardo mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 1:32.099s dan Max Verstappen keempat (1:32.109s).

Fernando Alonso dari Mclaren Honda melakukan kejutan apabila mencatat masa kelima terpantas (1:32.564s) sementara pendahulu kejuaraan pemandu Lewis Hamilton dari Mercedes AMG PETRONAS keenam (1:32.677s).

Rakan sepasukan Hamilton, Vallteri Bottas pula ketujuh terpantas dengan catatan 1:32.720.

Sesi latihan bebas kedua terpaksa dihentikan lebih awal selepas tayar kereta Romain Grosjean dari pasukan Haas pecah kerana terlanggar penutup longkang pada hujung sesi latihan kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia