Berita Harian

4 beranak maut dirempuh treler

Hasrat mangsa mahu pulang berpantang di rumah ibu tak kesampaian

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin dan Ramli Ibrahim bhkb@bh.com.my

Anggota bomba berusaha mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler berhampira­n Balai Polis Paloh, KM52 Jalan Gua Musang-kuala Krai, semalam. Dalam tragedi itu Zainuddin Anuar, 30, bersama isterinya, Raizuamira Daud, 31, anak mereka Zayyan Nazreel Zainuddin berusia 13 hari dan seorang lagi anak yang belum diketahui namanya maut di tempat kejadian.

“Arwah baru sahaja mahu pulang berpantang di rumah selepas melahirkan anak kedua 13 hari lalu.

“Namun, semuanya tak kesampaian. Mereka sekeluarga pergi buat selama-lamanya,” kata Rahmah Daud.

Rahmah, 75, adalah ibu kepada Raizuamira Daud, 31, yang maut bersama suami, Zainuddin Anuar, 30; anak sulungnya, Annisa Sofea, 2 dan anak bongsu, Zayyan Nazreel berusia 13 hari dalam kemalangan di Kilometer 52 Jalan Gua Musangkual­a Krai, Gua Musang, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, kereta Proton Wira dari arah Gua Musang dinaiki empat beranak terbabit remuk akibat bertembung dengan sebuah treler muatan beras yang memasuki laluan bertentang­an selepas terbabas.

Rahmah berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu bertolak pada jam 11 malam semalam cuba menghubung­inya, namun dia tidak dapat menjawab panggilan itu kerana tertekan butang letak.

Kali terakhir berbual dengan anak 16 September lalu

“Kali terakhir saya berbual dengan arwah pada hari dia melahirkan anak (16 September) di Kajang Permai Medical Center (KPMC). Arwah memaklumka­n mereka akan pulang berpantang di rumah dalam masa dua hari.

“Arwah juga sempat pesan supaya menyimpan kelapa dan mencari dua kambing untuk persediaan majlis aqiqah sebaik mereka pulang nanti.

“Saya dimaklumka­n anak keempat, Rokiah Daud, 49, mereka tidak dapat pulang kerana bayi arwah mengalami penyakit kuning dan perlu menerima rawatan di KPMC. Mereka tangguhkan ke hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Sementara itu, Rokiah berkata, kali terakhir arwah yang bekerja sebagai penyelia kantin Kolej Vokasional Sepang pulang ke kampung adalah pada cuti sekolah Mei lalu, selama seminggu.

Arwah memaklumka­n mereka akan pulang berpantang di rumah dalam masa dua hari” Rahmah Daud, Ibu Raizuamira

 ?? [ FOTO IHSAN BOMBA ] ??
[ FOTO IHSAN BOMBA ]
 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Anggota bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler berhampira­n Balai Polis Paloh, Jalan Gua Musang-kuala Krai, semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA] Anggota bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler berhampira­n Balai Polis Paloh, Jalan Gua Musang-kuala Krai, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia