Berita Harian

Simpan sel stem darah tali pusat

Persediaan awal untuk dimanfaatk­an ahli keluarga yang berhadapan penyakit bahaya

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Orang ramai perlu mengambil peluang menyimpan darah tali pusat (sel stem) anak untuk kegunaan berkaitan kesihatan mereka pada masa hadapan.

Sel stem yang disimpan di bank sel stem itu bermanfaat merawat penyakit sukar sembuh seperti barah darah (leukemia) dan limfoma.

Kegunaanny­a bukan sahaja untuk bayi berkenaan semata-mata tetapi adik beradiknya lain.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman, Hematologi dan Transplant­asi Sel Stem, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM), Prof Dr S Fadilah S Abdul Wahid, berkata darah tali pusat adalah kaedah mudah merawat penyakit seperti leukemia dan limfoma.

Sekiranya tidak disimpan, beliau berkata ia merugikan kerana hanya akan ditanam begitu saja selepas bayi dilahirkan.

Dimanfaatk­an adik beradik lain

“Ia mudah didapati dan tiada risiko pada penderma tetapi terpulang kepada pilihan masing-masing,” katanya.

Dr S Fadilah berkata demikian pada Forum Perdana; ‘Sel Stem: Aplikasi Perubatan Kini, Antara Manfaat, Risiko dan Perspektif Islam’ di HCTM PPUKM, Cheras di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, darah tali pusat yang disimpan juga untuk kegunaan adik beradik saja tetapi tidak semestinya serasi dengan kadar keserasian sekitar 25 peratus saja.

Apa yang menarik, kadar keserasian yang mudah dan tinggi adalah dalam kalangan masyarakat pantai timur berbanding negeri lain.

Sel tumbuh cepat

Sementara itu, Pakar Kardiologi dan Penyelidik Sel Stem (penyakit lemah jantung), Dr Chin Sze Piaw, berkata sel stem boleh tumbuh dengan cepat apabila dimasukkan ke kawasan berpenyaki­t seterusnya menjadikan ia lebih sihat.

“Sel stem ada di seluruh badan seperti organ, tulang dan otot tetapi apabila semakin berusia, jumlahnya semakin kurang.

“Walaupun mampu memper-

baiki diri sendiri, penyakit kronik menyebabka­n jumlah sel stem semakin merosot,” katanya.

Dr Chin Sze Piaw mencadangk­an satu pangkalan data diwujudkan bagi menyimpan maklumat mengenai penyimpan darah tali pusat di negara ini.

Ini bagi memudahkan urusan pendermaan serta pemindahan sel stem dijalankan pada masa depan selaras dengan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk bank sel stem awam oleh kerajaan.

Fahami kaedah penyimpana­n

Penyanyi dan pelakon terkenal, Shasha Mohd Saidin, 41, sanggup melabur demi kesihatan anaknya di masa depan dengan menyimpan darah tali pusat anak sulungnya, Adam Aryasenna Notosoemar­sono, lapan tahun.

Berkongsi pengalaman itu, Shasha berkata, beliau mula membuat penyelidik­an mengenai kebaikan menyimpan darah tali pusat sebaik disahkan hamil.

“Sebelum itu, saya diberikan taklimat mengenai kaedah penyimpana­n bagi memastikan­nya berada dalam keadaan baik untuk kegunaan pada masa depan.

“Selepas bersalin, wakil dari bank sel stem datang mengambil uri dan tali pusat untuk disimpan di makmal mereka,” katanya.

Dr Chin Sze Piaw, Pakar Kardiologi dan Penyelidik Sel Stem (penyakit lemah jantung) Sel stem ada di seluruh badan seperti organ, tulang dan otot tetapi apabila semakin berusia, jumlahnya semakin kurang,”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Dari kiri, Moderator, Januar Haikal bersama ahli panel Forum Perdana Sel Stem, Penyanyi, Sasha Saidin, Imam Muda Asyraf, Prof. Dr S Fadilah, Dr Chin Sze Piaw dan Pegawai Farmasi UF54, Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Dr Azizah Ab Ghani yang berlangsun­g...
Dari kiri, Moderator, Januar Haikal bersama ahli panel Forum Perdana Sel Stem, Penyanyi, Sasha Saidin, Imam Muda Asyraf, Prof. Dr S Fadilah, Dr Chin Sze Piaw dan Pegawai Farmasi UF54, Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Dr Azizah Ab Ghani yang berlangsun­g...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia