Berita Harian

Jangan abai tanda awal serangan jantung

Segera jumpa doktor jika ada gejala, elak risiko mati mengejut

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Sakit di bahagian dada terasa ketat dan menekan disertai dengan berpeluh adalah petanda serangan jantung yang memerlukan rawatan segera.

Gejala lain berkaitan serangan antaranya sukar bernafas, lenguh pada tangan kiri dan terasa hendak muntah.

Individu yang mengalami semua gejala ini perlu segera terus ke hospital untuk menjalani pemeriksaa­n jantung.

Pakar Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr Zul Hilmi Yaakob, berkata sakit dada adalah petunjuk salur darah di dalam jantung tersumbat atau sempit.

Beliau berkata, keadaan salur darah tersumbat atau ‘St-elevation Myocardial Infarction’ (STEMI) adalah serangan jantung yang sangat serius.

Individu sihat, mati mengejut

“Sekiranya salur darah dalam jantung yang membekalka­n oksigen tersumbat sepenuhnya, keadaan ini boleh membawa maut secara mengejut,” katanya yang ditemui pada ceramah, ‘Pain: When To Refer’, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Zul Hilmi, berkata inilah punca menyebabka­n individu yang nampak sihat, secara tiba-tiba sakit dada ketika berehat di rumah, di pejabat atau selepas bermain badminton dan meninggal dunia.

Katanya, terdapat jenis sakit dada yang pada peringkat permulaan sakit tetapi hilang tidak

lama kemudian.

Serang semua jantina

Ini biasanya berlaku semasa seseorang itu sedang bersenam atau melakukan kerja berat, tetapi hilang apabila mereka berehat.

Serangan jantung yang berpunca daripada saluran darah tersumbat boleh berlaku ke atas lelaki dan wanita.

“Secara amnya, lelaki mengalami serangan jantung tanpa mengira umur, tetapi lebih berusia, semakin tinggi risiko khususnya yang berpenyaki­t kencing manis dan tekanan darah tinggi.

“Wanita berisiko rendah mengalami serangan jantung kerana hormon estrogen yang melindungi­nya, tetapi berdepan risiko sama dengan lelaki selepas menopaus,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, kini terdapat aliran serangan jantung membabitka­n 20 peratus lelaki lebih muda berusia bawah 30 sehingga 40 tahun kerana tabiat merokok.

Kebanyakan golongan muda ini tidak menyangka sakit dada yang dialami adalah serangan jantung dan tidak pergi ke hospital. Mereka hanya ke klinik biasa menyebabka­n kes serangan jantung gagal dikesan, selain doktor sukar mentafsir bacaan elektrokar­diogram (ECG).

Secara amnya, lelaki mengalami serangan jantung tanpa mengira umur, tetapi lebih berusia, semakin tinggi risiko khususnya yang berpenyaki­t kencing manis dan tekanan darah tinggi” Dr Zul Hilmi Yaakob, Pakar Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia