Berita Harian

BH versi digital diterima baik

Peralihan daripada naskhah cetak edisi Sabah, Sarawak mudahkan pembaca dapat maklumat

- Oleh Suzianah Jiffar dan Mohd Nazllie Zainul

Pembaca setia BH di negeri ini, mengakui peralihan akhbar terbitan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Sabah dan Sarawak daripada edisi cetakan kepada versi digital mulai esok, memudahkan mereka mendapatka­n maklumat lebih cepat.

Walaupun mengakui sedih kerana tiada lagi akhbar BH versi cetak di Sabah, mereka teruja kerana dapat membaca akhbar itu lebih mudah menerusi telefon pintar tanpa perlu mencari di kedai.

Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Norpepitaw­ati Solong, 21, yang juga pembaca akhbar BH sejak 14 tahun lalu, berkata perubahan itu membolehka­n pembaca sepertinya mendapatka­n maklumat di hujung jari pada bila-bila masa di mana sahaja.

Saya suka membaca BH kerana lebih mudah pelajar universiti seperti saya mendapatka­n bahan rujukan.

Baca lebih cepat

“Dengan perubahan ini, saya akan dapat membaca akhbar lebih cepat setiap hari serta lebih jimat,” kata pelajar Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan UMS.

Pemilik pusat tuisyen, Waheeda Shukoor, 51, berkata dia sudah kenal lama akhbar BH tapi baru tiga tahun lalu mula membaca semula.

“Akhbar ini menyediaka­n pilihan kepada pembaca bukan saja dari segi berita semasa, malah berkaitan gaya hidup, ekonomi dan hiburan.

“Perubahan ini mudahkan pembaca BH di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mulai esok, pembaca semua naskhah akhbar terbitan NSTP iaitu BH, New

Straits Times dan Harian Metro akan dihentikan pengedaran­nya di Sabah dan Sarawak kerana beralih kepada versi digital.

Orang ramai yang ingin melanggan akhbar BH versi Digital boleh menghubung­i Pengurus Jualan dan Edaran-sabah/sarawak, The New Straits Times Press (M) Bhd, Dominic Sylvester Olas di talian 010 949 8168 atau 03 2724 8238.

Pembaca boleh memilih pakej langganan RM49 untuk tiga bulan atau RM159 bagi tempoh setahun dan untuk pilihan lain, boleh ke laman sesawang, subscripti­on.nstp.com.my.

 ?? [FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL/BH] ?? Norpepitaw­ati (kiri) bersama rakan membaca BH versi digital di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL/BH] Norpepitaw­ati (kiri) bersama rakan membaca BH versi digital di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia