Berita Harian

Nicol, Sarah buat perhitunga­n di final

-

Kuala Lumpur: Impian ikon skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memenangi gelaran pertama skuasy Terbuka Netsuite semakin cerah apabila mara ke final selepas mengalahka­n Dipika Pallikal Karthik daripada India di San Francisco, Amerika Syarikat semalam.

Pemain nombor lima dunia itu menumpaska­n pemain India itu 113, 11-0, 11-5 dalam masa 22 minit, tanpa memberikan sebarang peluang kepada pemain nombor ke-21 dunia itu dalam aksi di Justin Herman Plaza.

“Dia pemain yang bahaya, jadi saya perlu peka. Rentak permainan saya di gelanggang ini hari ini (semalam) amat baik, dan saya berasa amat gembira berjaya menang 3-0 dan berpuas hati dapat mengekalka­n corak permainan.

Rasa teruja

“Ini pertama kali saya melangkah ke final di sini. Saya berasa amat teruja untuk beraksi di depan penonton yang hebat.

“Saya sudah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan esok (hari ini) dan akan memberikan yang terbaik,” kata Nicol yang dipetik berkata demikian oleh laman web rasmi Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA), psaworldto­ur.com.

Juara dunia lapan kali itu akan bertemu pemain nombor enam dunia daripada England, Sarah-jane Perry, dalam perlawanan akhir hari ini.

Ia menaruh harapan untuk menjulang gelaran kedua PSA Tour tahun ini, selepas menjuarai kejohanan pertama Ciudad de Floridabla­nca, PSA W70 di Colombia pada Mac, sekali gus menamatkan kemarau gelaran selepas menjulang gelaran Terbuka Hong Kong pada Disember 2015.

Bekas pemain nombor satu dunia itu dan pemain pilihan kedua kejohanan, mara dalam kelompok empat pemain teratas selepas mengalahka­n Victoria Lust daripada England, dua hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia