Berita Harian

Sambar petak pertama

Pelumba Mercedes bangkit sesi kelayakan, Raikkonen kedua, Vettel terakhir

- Oleh Saiful Affendy Sapran, Sukhairi Thani dan Fadhli Ishak

Pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton bangkit daripada sesi latihan bebas yang kurang meyakinkan, apabila meraih petak pertama perlumbaan hari ini selepas mendominas­i sesi kelayakan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia PETRONAS semalam dengan catatan masa terpantas 1 minit 30.076 saat.

Mengakui melalui minggu yang cukup sukar, juara dunia tiga kali itu berkata, pasukannya begitu bekerja keras untuk memastikan jentera berada pada prestasi terbaik selepas melihat Ferrari cukup pantas di sesi latihan bebas.

“Memang kami melalui detik yang sukar semalam (kelmarin) sehinggaka­n saya sendiri sukar untuk tidur.

“Kami tahu ada sesuatu yang perlu diperbaiki dan akhirnya ia berjalan lancar pada sesi kelayakan,” katanya pada sidang media selepas sesi kelayakan.

Fokus diri sendiri

Ditanya adakah dia mempunyai kelebihan selepas seteru utama dari Ferrari, Sebastian Vettel terpaksa bermula di petak paling belakang selepas berdepan dengan masalah jentera di sesi kelayakan, Hamilton berkata dia hanya mahu memberi fokus kepada diri sendiri.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Vettel tetapi jelas sekali dia cukup pantas pada sesi latihan bebas.

“Kami perlu fokus kepada diri sendiri, memanfaatk­an segala peluang dan berharap meraih keputusan paling baik esok,” katanya.

Hamilton kini mendahului kejuaraan pemandu dengan mengumpul 263 mata meninggalk­an Vettel di tangga kedua yang meraih 235 mata.

Untuk rekod ini adalah petak pertama yang keempat berturuttu­rut dilakukann­ya sejak 2014 dan kelima selepas kali pertama melakukann­ya pada 2012.

Hamilton juga melakar rekod peribadi dengan meraih petak pertama buat kali ke70 dalam kariernya.

Kimi Raikkonen dari Ferrari meraih petak kedua selepas mencatat 1:30.121s manakala Max Verstappen dari Red Bull Racing yang menyambut ulang tahun kelahiran ke20 semalam menyambar petak ketiga (1:30.541s).

Rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo meraih petak keempat sementara Vallteri Bottas (Mercedes AMG PETRONAS), kelima.

Perlumbaan sebanyak 56 pusingan akan berlangsun­g bermula jam 3 petang hari ini.

 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH ] ?? Hamilton (tengah) mencatat masa terpantas sesi kelayakan GP Malaysia manakala Raikkonen (kanan) di tempat kedua dan ketiga milik Verstappen.
[ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH ] Hamilton (tengah) mencatat masa terpantas sesi kelayakan GP Malaysia manakala Raikkonen (kanan) di tempat kedua dan ketiga milik Verstappen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia