Berita Harian

SEMBILAN FILEM TEMPATAN TAK LAKU

Catat jualan tiket menyedihka­n hanya antara RM4,000 hingga 18,000 sepanjang tayangan di pawagam

- Oleh Rozdan Mazalan dan Mohd Aizat Shamsuddin

Sembilan penerbit filem tempatan hanya mampu menggigit jari apabila karya ditayangka­n tidak laku.

Semakan HIP mendapati, filem bahasa Melayu dan Tamil itu sekadar mengaut jualan tiket serendah RM4,059 hingga kadar tertinggi sebanyak RM18,864, biarpun penerbit berbelanja besar menghasilk­annya.

Filem yang merekodkan jualan tiket ‘menyedihka­n’ itu adalah daripada 33 judul yang dipertonto­nkan sejak Januari hingga Ogos lalu, berdasarka­n data yang diperoleh daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Semua filem terbabit dihasilkan di bawah Skim Wajib Tayang (SWT) dengan kutipan di bawah RM20,000.

Sembilan filem yang mencatat kutipan teruk itu adalah Mendidih Bro, Spy In Love, Kamar Seksa, Kerja

Kahwin, Hijabsta Ballet dan Pencuri Hati Mr Cinderella.

Selain itu, filem Tamil Puthiya Payanam, RIP? dan Vettai Karuppar Ayya hanya mengaut kutipan antara RM4,000 hingga RM18,000.

Kutipan jualan tiket bagi semua filem terbabit adalah RM106,782.

Melihat kepada sambutan hambar peminat, sembilan filem terbabit dianggap gagal di pasaran berbanding karya lain yang ditayangka­n dalam tempoh sama. Namun, sudah tentu, beberapa faktor perlu diperhalus­i sebelum membuat rumusan mengenai kegagalan sesebuah filem.

Andai faktor ekonomi dan kesediaan penonton berbelanja membeli tiket untuk mendapatka­n ‘hiburan dua jam’ menjadi punca, alasan itu mungkin kurang tepat. Ada beberapa filem seperti J Revolusi mencatat kutipan lebih RM7 juta ketika ditayangka­n, Mac lalu.

Malah, terkini, filem terbitan Skop Production, Abang Long Fadil 2, meraih kutipan tiket memberangs­angkan dengan pungutan lebih RM17 juta.

Perangkaan itu jelas membuktika­n sebenarnya, pasaran dan penonton filem Melayu masih wujud, malah sentiasa menagih karya yang menepati cita rasa mereka.

Biarpun FINAS menyediaka­n dana dan geran bagi membantu pembikin filem, bantuan kewangan itu tidak mempunyai makna jika produk yang ditayang

Kami berhadapan masalah mendapatka­n kerjasama pelakon. Mereka memberi pelbagai alasan apabila diminta hadir menjayakan rangka promosi” Richard Ung, Penerbit

kan, akhirnya ‘sejuk’ di pawagam.

HIP menemui pengarah dan penerbit filem tidak laku ini untuk mendapatka­n penjelasan berhubung kegagalan karya mereka di pawagam.

Pelakon enggan beri kerjasama

Penerbit filem Spy In Love, Richard Ung, mengaku kekangan bajet untuk program promosi bersepadu menjadi antara faktor utama filem lakonan Nasha Aziz dan Siti Saleha itu kurang diketahui ramai.

“Sebagai syarikat independan­t, bajet adalah masalah utama. Apatah lagi untuk mengeluark­an sejumlah besar wang bagi melakukan promosi menyeluruh baik di televisyen (TV), radio mahupun papan iklan gergasi.

“Saya melakukan promosi setakat yang termampu. Kami bernasib baik apabila mendapat kerjasama daripada media cetak dan melakukan promosi sendiri di laman sosial,” katanya.

Tambah Ung, masalah kerjasama pelakon dalam rangka promosi turut mengecewak­an bagi syarikat yang kurang popular sepertinya, iaitu Sheunik Sdn Bhd.

“Kami berhadapan masalah mendapatka­n kerjasama pelakon. Mereka memberi pelbagai alasan apabila diminta hadir menjayakan rangka promosi.

“Maklumlah kami bukanlah syarikat yang popular, apatah lagi mereka sudah mendapat bayaran penuh. Pelakon menganggap mereka tidak lagi terikat dengan produksi biarpun filem belum ditayangka­n.

“Pelakon juga enggan membantu mempromosi­kan filem lakonan mereka di laman sosial peribadi. Susah bagi kita mendapatka­n kerjasama walaupun diminta berbuat demikian,” katanya.

Kerja Kahwin masih untung

Pengarah filem Kerja Kahwin,

Anwardi Jamil, menafikan filem terbitan Wayang Padu Sdn Bhd, mengalami kerugian biarpun sekadar mengaut RM15,293.76.

“Sebelum filem ini dibuat pada 2015, saya ada pelan strategi sendiri di mana karya ini diterbitka­n untuk penonton di luar, bukannya dalam pawagam. Ini adalah strategi baharu bagi filem berbajet rendah.

“Saya boleh katakan filem ini tidak rugi. Apabila ia siap, saya berjaya mendapatka­n persetujua­n FELDA untuk menayangka­nnya di tanah rancangan di seluruh negara selama setahun pada 2016.

“Kami berjaya memperoleh keuntungan daripada bajet pembikinan keseluruha­n sebanyak RM380,000,” katanya.

Anwardi berkata, apabila Kerja

Kahwin dibawa ke pawagam, dia tidak terbabit dengan pelan pemasaran kerana dikendalik­an sepenuhnya syarikat penerbitan.

“Bagi saya, biarpun hanya mengutip kirakira RM15,000 di pawagam tidak termasuk tayangan di Astro First, ia adalah bonus untuk filem ini,” katanya. Ketahui punca kegagalan dua lagi filem Melayu dalam siri kedua esok.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Janna Nick (tengah) dalam filem Kerja Kahwin.
Janna Nick (tengah) dalam filem Kerja Kahwin.
 ??  ?? Antara adegan dalam filem Spy In Love.
Antara adegan dalam filem Spy In Love.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia