Berita Harian

BAJAJ PILIH MALAYSIA

Syarikat pengeluar motosikal ketiga terbesar dunia mahu jadikan negara pusat pengeluara­n untuk ASEAN

- Hazwan Faisal Mohamad bhnews@bh.com.my Pune, India

BAJAJ Auto Ltd (BAL), pengeluar motosikal ketiga terbesar dunia mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat pemasangan dan pengeluara­nnya untuk pasaran ASEAN.

Presiden Perniagaan Antarabang­sa BAL, Rakesh Sharma, berkata ia akan dicapai menerusi kerjasama dengan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) dengan menjadikan kilang pemasangan motosikal syarikat itu di Gurun, Kedah sebagai tapak pengeluara­n motosikal milik BAL dalam tempoh enam bulan akan datang.

Namun katanya, pada peringkat awal, pihaknya mahu terlebih dulu meningkatk­an penguasaan pasaran motosikal di Malaysia, selain mahu berterusan mewujudkan hubungan dengan pelanggan menerusi penawaran produk dan perkhidmat­an terbaik.

Tingkat kapasiti pengeluara­n

“Melihat kepada ekosistem di Malaysia yang mana MODENAS sendiri mempunyai keupayaan sebagai pengeluar, kami mahu meningkatk­an lagi kapasiti pengeluara­n di kilang mereka, pada masa sama, meraih manfaat penguranga­n kos hasil daripada kerjasama ini.

“Hanya selepas itu barulah kami akan menggunaka­n semua kemudahan ini sebagai hab bagi mencapai pasaran di negara lain di rantau ini. Ketika ini, kami sudah memasuki pasaran Kemboja dan akan datang kami merancang untuk memasuki pasaran Thailand dan Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada lawatan bersama media dan pengedar Malaysia ke kilang BAL di Pune, India pada minggu lalu.

Dalam lawatan selama lima hari bermula Isnin lalu, semua anggota media dan pengedar dibawa melawat ke kilang pemasangan motosikal milik BAL di Pune, India selain turut diberi peluang untuk menguji semua model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Pemilihan Malaysia sebagai hab BAL adalah kerana Malaysia memiliki ekosistem perniagaan yang sangat baik.malah kami berasakan sokongan yang diberikan oleh agensi kerajaan dan pihak berkaitan adalah sangat kukuh dan positif”

Rakesh Sharma, Presiden Perniagaan Antarabang­sa BAL

Mengulas lanjut, Sharma berkata, pemilihan Malaysia sebagai hab BAL adalah kerana Malaysia memiliki ekosistem perniagaan yang sangat baik.

“Malah kami berasakan sokongan yang diberikan oleh agensi kerajaan dan pihak berkaitan adalah sangat kukuh dan positif.

“Selain itu, kami berpendapa­t rakan kerjasama kami, MODENAS juga sangat terbuka dan sentiasa berusaha untuk meningkatk­an prestasi bagi memastikan kejayaan dapat dicapai antara keduadua pihak,” katanya.

Kejayaan MODENAS

Dalam pada itu, Sharma berkata, pihaknya tidak menyangka MODENAS berjaya menjual lebih 2,000 unit motosikal keluaran BAL dalam tempoh singkat.

Malah katanya, kejayaan MODENAS menerajui penguasaan pasaran motosikal tempatan pada September dari segi jualan juga adalah membanggak­an.

“Kejayaan ini pada kami membuktika­n dua perkara, iaitu pertama rakyat Malaysia sudah dapat menerima kehadiran produk dan jenama motosikal Bajaj.

“Kedua, ia juga menunjukka­n yang MODENAS mempunyai pasukan yang efisien dan kami yakin sasaran mereka untuk mencapai jualan lebih 6,000 unit sehingga akhir tahun ini akan tercapai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia