Berita Harian

Model tender MRT jadi kaedah bida projek ikonik

Jawatankua­sa tender tak tahu nama syarikat, nilai secara profesiona­l

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Kerajaan akan mengguna pakai model pemberian tender Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Bulohkajan­g dalam penganuger­ahan projek ikonik negara pada masa akan datang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, projek besar harus dinilai secara profesiona­l dari segi kos dan teknikal menggunaka­n model itu.

“MRT sudah disiapkan dengan jayanya mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan tanpa masalah serta skandal,” katanya ketika merasmikan kompleks baharu Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kompleks agensi antirasuah terbesar dunia, di sini, semalam.

Ketika menghuraik­an lebih lanjut mengenai kaedah pemberian tender MRT itu, Najib berkata, jawatankua­sa tender yang dipengerus­ikannya, tidak mengetahui nama syarikat yang membida projek terbabit.

“Kami tidak tahu nama syarikat sebenar (yang membida tender). Cuma kod saja yang diberikan seperti PT1, PT2 dan PT3. Apabila sudah diputuskan, siapa yang dapat kontrak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bawa surat baru tahu siapa dan nama syarikatny­a.

Projek siap ikut jadual

“Inilah yang kita gunakan dan satu sebab mengapa projek MRT siap mengikut jadual dan di bawah bajet yang ditetapkan.

“Kami akan pastikan gunakan model ini untuk setiap tawaran tender bagi projek kerajaan yang lain terutama yang ikonik dan ia mesti dinilai secara profesiona­l termasuk daripada segi kos dan teknikal,” katanya.

Mengulas pembinaan bangunan baharu SPRM itu, Najib berkata, ia adalah antara bukti komitmen kerajaan dalam menyokong usaha SPRM membantera­s dan memerangi rasuah serta salah guna kuasa.

Katanya, melalui Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) membantera­s rasuah, antara yang dilaksanak­an kerajaan termasuk mewujudkan Unit Pematuhan yang memantau perilaku pegawai dalam agensi penguatkua­saan utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkut­an Jalan dan SPRM.

“Selain itu, mempercepa­tkan perbicaraa­n kehakiman terhadap kes rasuah dengan menubuhkan 14 Mahkamah Khas Rasuah yang dikendalik­an hakim berpengala­man untuk memastikan kes dibicaraka­n dalam tempoh satu tahun.

Bangun pangkalan data

“Membangunk­an pangkalan data ‘Name And Shame’ dengan menyenarai­kan pesalah rasuah yang telah didakwa dan boleh diakses oleh orang ramai, bukan saja untuk pengetahua­n umum rakyat di negara ini, tetapi boleh digunakan oleh negara seperti Amerika Syarikat sebagai satu kaedah menyemak status pemohon yang ingin memohon visa pelanconga­n ke negara mereka.

“Menghapusk­an rasuah daripada perolehan kerajaan dan korporat menerusi pembanguna­n portal Myprocurem­ent bagi meningkatk­an ketelusan dalam proses perolehan kerajaan dan meningkatk­an keyakinan dalam proses pemberian tender kerajaan,” katanya.

Kompleks baharu ibu pejabat SPRM dibina atas tapak seluas 2.07 hektar di Presint 7 di sini, terdiri daripada tiga menara A, B dan C masing-masing setinggi 14, 18 dan 22 tingkat serta mampu menempatka­n kira-kira 1,800 kakitangan. Ia turut dilengkapi 354 unit kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamata­n.

Terdahulu, pada majlis sama Najib turut melancarka­n Yayasan Prihatin SPRM dan mengumumka­n peruntukan segera sebanyak RM5 juta kepada yayasan itu.

Yayasan Prihatin SPRM ditubuhkan suruhanjay­a itu berteraska­n kebajikan untuk membantu menampung kekurangan keperluan dan kewangan warganya serta ahli keluarga mereka.

Selain itu, dana yayasan itu juga akan disalurkan kepada rakyat yang memerlukan bantuan daripada sudut kewangan dan sebagainya melalui program SPRM bersama masyarakat.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Najib bersama Dzulkifli melihat model Ibu Pejabat SPRM pada Majlis Perasmian Kompleks Baharu Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam. Yang turut kelihatan Timbalan Ketua Persuruhja­ya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki (kiri) dan Timbalan Persuruhja­ya...
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Najib bersama Dzulkifli melihat model Ibu Pejabat SPRM pada Majlis Perasmian Kompleks Baharu Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam. Yang turut kelihatan Timbalan Ketua Persuruhja­ya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki (kiri) dan Timbalan Persuruhja­ya...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia