Berita Harian

Komitmen kakitangan bantu SPRM banteras rasuah

-

Putrajaya: Prestasi membanggak­an Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah secara agresif sejak kebelakang­an ini adalah hasil komitmen dan dedikasi luar biasa seluruh kakitangan­nya menjalanka­n tugas.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata peningkata­n jumlah maklumat, tangkapan, pembukaan kertas siasatan dan pertuduhan, selain jumlah sitaan nilai harta sepanjang setahun bermula Ogos 2016 hingga Ogos tahun ini, berbanding tahun sebelumnya adalah bukti kerja keras warga SPRM.

“Bagi tempoh Ogos 2016 hingga Ogos lalu, jumlah maklumat diterima sebanyak 6,419 iaitu peningkata­n 2.63 peratus, berbanding tempoh setahun sebelumnya, malah bagi tempoh sama jumlah tangkapan dibuat sebanyak 910 membabitka­n peningkata­n 6.04 peratus.

“Selain itu, bagi tempoh sama, 952 kertas siasatan dibuka iaitu peningkata­n 2.94 peratus dan 405 kes pertuduhan dibuat iaitu peningkata­n 32.8 peratus berbanding sebelumnya.

Nilai harta disita RM334.53 juta

“Jumlah sitaan nilai harta dilaksanak­an bagi tempoh Ogos 2016 hingga Ogos lalu sebanyak RM334.53 juta, meningkat 600 peratus berbanding RM55.02 juta pada tempoh setahun sebelumnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM dan Majlis Perasmian Kompleks Baharu Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Perasmian kompleks baharu SPRM itu disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dzulkifli berkata, sambutan jubli emas SPRM bukan saja bertujuan mengimbau kembali sumbangan dan peranan penting dimainkan SPRM, bersesuaia­n fungsinya yang termaktub dalam Akta SPRM 2009 (Akta 694) tetapi juga menandakan detik era baharu SPRM.

“SPRM era baharu adalah SPRM yang dilihat dan dirasai kehadirann­ya bersama rakyat. Ia bermaksud SPRM sebagai agensi yang menjadi milik rakyat, suara dan kudrat yang berada di sisi rakyat, mempertaha­nkan hak serta kepentinga­n mereka.

Mendekati masyarakat

“Pendekatan baharu berteraska­n slogan ‘Mesra Rakyat, Digeruni Perasuah’ bukan saja memerlukan SPRM lebih agresif dalam penguatkua­saan dan operasinya, tetapi pada masa sama memerlukan SPRM mendekati masyarakat lebih mesra, dekat serta menyeluruh dalam skala lebih besar,” katanya.

Beliau berkata, SPRM juga perlu menampilka­n imej digeruni perasuah dan sebagai kesinambun­gan bagi mengukuhka­n sokongan rakyat terhadap suruhanjay­a itu, Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) diwujudkan dengan kira-kira 70,000 ahli didaftarka­n setakat ini dan keahlianny­a dijangka mencecah 100,000 menjelang akhir tahun ini.

“Setiap ahli GERAH akan diberi kad keahlian percuma bagi mendapat potongan harga jika berbelanja di mana-mana premis atau rakan niaga milik Berjaya Group dan Sunway Group memandangk­an SPRM sudah bekerjasam­a dengan rakan strategik korporat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia