Berita Harian

Sulaman manik 17.8m paling panjang di dunia

Hasil kraf Abdul Majid selama sedekad diiktiraf World Record Academy

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Pengorbana­n dan kesungguha­n Abdul Majid Abdul Rahman menyulam manik sepanjang 17.8 meter sepanjang 10 tahun berbaloi apabila karyanya itu diangkat sebagai sulaman manik terpanjang di dunia oleh World Record Academy.

Abdul Majid, 57, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Majid Cherating (PMC) dalam kalangan masyarakat tempatan, menerima pengesahan institusi berpangkal­an di Amerika Syarikat Jumaat lalu menerusi kiriman e-mel.

Abdul Majid yang mempunyai galeri dan chalet di Kampung Baru Cherating, dekat sini, berkata dia gembira serta terharu selepas usaha kerasnya selama 10 tahun dalam menghasilk­an sulaman menggabung­kan 500,000 manik pelbagai unsur tempatan berkenaan menerima pengiktira­fan pada peringkat dunia.

Katanya, proses menghasilk­annya melalui pelbagai cabaran dan dia hampir berputus asa kerana cubaannya meletakkan karya pada peringkat antarabang­sa menemui kegagalan termasuk ditolak permohonan oleh penganjur.

“Banyak masa dan wang saya peruntukka­n untuk projek ini selepas berjaya mencipta rekod sulaman terpanjang di Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2005, saya buat penyelidik­an selama 10 tahun dan satu tahun untuk menyulam.

SIRIM buat ukuran

“Setiap malam saya mengambil masa empat jam untuk menyulam tetapi bukan setiap hari kerana ada kalanya saya buntu serta tidak sihat, perlu ada inspirasi supaya proses penyulaman berjalan lancar,” katanya ditemui di kediamanny­a di Kampung Baru Cherating, dekat sini, semalam.

Abdul Majid yang berasal dari Besut, Terengganu sebelum berpindah ke Cherating, berkata antara proses ketat perlu dilaluinya adalah mendapatka­n ukuran sebenar dengan ukurannya dibuat oleh Institut Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia (SIRIM).

“Pihak penganjur mahu ia mendapat piawaian daripada pihak berwajib, saya tidak boleh mengukur sendiri kerana bimbang ada unsur tidak adil, maka saya panggil SIRIM yang mengesahka­n ukuran berkenaan,” katanya.

Dia berharap kejayaanny­a itu mendapat perhatian Kerajaan negeri dan berhasrat supaya Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dapat berangkat untuk menyerahka­n sijil yang bakal dikeluarka­n World Record Academy itu.

“Ia adalah satu kejayaan membanggak­an khusus untuk Pahang dan saya berbesar hati sekiranya Sultan Pahang dapat berkenan menyampaik­an sijil kepada saya.

“Sijil berkenaan belum dikeluarka­n lagi dan saya hanya diberitahu menerusi e-mel oleh World Record Academy, saya perlu melakukan proses seterusnya bagi mendapatka­n sijil berkenaan,” katanya.

Pada 2005, Abdul Majid berjaya menghasilk­an sulaman manik sepanjang 16 meter yang tersenarai dalam MBOR sebagai sulaman manik paling panjang di Malaysia.

Pihak penganjur mahu ia mendapat piawaian daripada pihak berwajib, saya tidak boleh mengukur sendiri kerana bimbang ada unsur tidak adil, maka saya panggil SIRIM yang mengesahka­n ukuran berkenaan”

Abdul Majid Abdul Rahman,

Pemilik chalet

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ??
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH]
 ??  ??
 ??  ?? Abdul Majid (gambar kanan) menunjukka­n sulaman manik karyanya sepanjang 17.8 meter di rumahnya di Kampung Baru Cherating.
Abdul Majid (gambar kanan) menunjukka­n sulaman manik karyanya sepanjang 17.8 meter di rumahnya di Kampung Baru Cherating.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia