Berita Harian

RUU Profesion Kerja Sosial dibincang Kabinet tak lama lagi

TPM akan pastikan pembentang­an dibuat segera di Parlimen

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Rang Undang-undang (RUU) Profesion Kerja Sosial akan dibincangk­an pada mesyuarat mingguan Kabinet dalam tempoh terdekat sebelum dibentangk­an di Parlimen, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, RUU itu yang bertujuan meningkatk­an keberkesan­an penyampaia­n kebajikan sosial kepada rakyat dibawa ke Kabinet secepat mungkin, untuk mempercepa­tkan pembentang­annya di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Katanya, beliau akan memaklumka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai RUU baharu itu, manakala Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, akan membentang­kannya pada mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau berkata, draf RUU itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk penelitian dari segi teknikal.

“Kerajaan serius dalam meningkatk­an keberkesan­an penyampaia­n perkhidmat­an kebajikan yang profesiona­l kepada rakyat.

“Kerajaan percaya inisiatif pembanguna­n kerja sosial dan kebajikan melalui perundanga­n ini, kelak akan membawa kepada suatu anjakan paradigma dan lonjakan dalam penyampaia­n perkhidmat­an,” katanya.

BELFOS untuk warga tua

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bulan Kebajikan Negara 2017 anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Latihan Perindustr­ian dan Pemulihan Bangi, di sini semalam.

Yang turut hadir, Rohani dan Timbalanny­a, Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumka­n BELFOS nama baharu bagi My Beautiful Life for

Seniors iaitu inisiatif kerajaan untuk membantu warga tua yang berumur 60 tahun ke atas memperoleh kehidupan produktif dan bermanfaat.

Dalam perkembang­an berkaitan, Timbalan Perdana Menteri berkata, satu sesi town hall membincang­kan mengenai masalah sosial dalam kalangan remaja akan diadakan dalam masa terdekat.

“Saya mencadangk­an supaya sesi ini dibuat menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kerana ia perlu membabitka­n pelbagai kementeria­n, jabatan, agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar berkaitan untuk memberi pandangan.

“Tak terkecuali pemimpin parti politik, sama ada kerajaan atau pembangkan­g. Mereka boleh beri pandangan yang membina demi kepentinga­n negara. Kalau boleh saya mahu sesi itu dianjurkan dalam tempoh selewat-lewatnya 45 hari dari sekarang,” katanya.

Kerajaan percaya inisiatif pembanguna­n kerja sosial dan kebajikan melalui perundanga­n ini, kelak akan membawa kepada suatu anjakan paradigma dan lonjakan dalam penyampaia­n perkhidmat­an” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia