Berita Harian

Tiga anggota TLDM direman tujuh hari

Suspek bertugas di bilik tahanan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

-

Oleh Shamsul Kamal Amarudin, Mohd Zulkifli Zainuddin, Farah Suhaidah Othman dan

Syaherah Mustafa

Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kematian dua anggota pasukan itu di dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Jumaat lalu.

Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarka­n permohonan polis untuk menahan reman tiga anggota TLDM berusia antara 29 hingga 44 tahun itu bermula semalam hingga 7 Oktober ini, mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Ketiga-tiga mereka yang bertugas di bilik tahanan itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren, tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Seri Manjung jam 8.45 pagi. Prosiding selesai jam 9.45 pagi.

Pendarahan paru-paru

Bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kelmarin mengesahka­n Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulma­n Mohd Sukri, 26, meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru berpunca daripada trauma tumpul.

Mereka meninggal dunia ketika berada dalam bilik tahanan pada jam 3.15 petang.

Polis pada awalnya mengklasif­ikasikan kes itu sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR).

Bagaimanap­un, polis mengklasif­ikasikan semula kes itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

berdasarka­n laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi HRPB.

Berikutan kejadian itu, polis menahan tiga anggota TLDM pada jam 9.30 malam kelmarin untuk membantu siasatan.

Ketiga-tiga suspek adalah anggota yang bertugas di bilik tahanan pasukan itu untuk syif jam 10 pagi hingga 10 malam hari kejadian.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ??
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia