Berita Harian

Tiada pihak terlepas tindakan undang-undang: Hishammudd­in

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertahanan memberi jaminan bahawa tiada pihak yang akan terlepas daripada tindakan undangunda­ng jika didapati bersalah menyebabka­n kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jumaat lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata pihaknya sudah mengarahka­n TLDM untuk memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n siasatan.

“Saya telah arah @tldm_rasmi untuk beri sepenuh kerjasama kepada pihak @PDRMSIA untuk lakukan siasatan. Tiada perkara akan disembunyi­kan. Itu janji saya.

“Saya konsisten bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah. Buat masa ini, biar pihak @PDRMSIA teruskan siasatan,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya, @Hishammudd­inh2o, semalam.

Zahir rasa sedih, terkilan

Hishammudd­in turut menzahirka­n rasa sedih dan terkilan di atas kematian dua anggota berkenaan serta mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa.

Di BERNAMA melaporkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk

Jitra,

Seri Mohd Johari Baharum, berkata pihaknya percaya polis akan menyiasat dengan telus dan meminta agar semua pihak menunggu hasil siasatan polis.

“Saya minta orang ramai jangan buat spekulasi berhubung kes ini. Biar polis buat siasatan,” katanya selepas Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Graduasi Prasekolah 2017 di Sekolah Kebangsaan Seri Banai di sini, semalam. Menteri Pertahanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia