Berita Harian

DAP ‘bos’ dalam pakatan pembangkan­g

Parti kuasai pentadbira­n Selangor walaupun tak tanding banyak kerusi

- Oleh Badrul Kamal Zakaria

Walaupun DAP tidak bertanding pada banyak kerusi pada pilihan raya umum (PRU), sebenarnya parti itu yang mendominas­i parti dalam pakatan pembangkan­g.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata perkara itu dapat dilihat apabila DAP mendominas­i terutama dalam pentadbira­n kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkan­g.

Beliau memberi contoh berkaitan kelulusan pesta makanan dan minuman Jerman yang turut membabitka­n arak yang diluluskan oleh Majlis Perbandara­n Klang (MPK).

Ikut telunjuk DAP

“Sebenarnya, walaupun Selangor ditadbir oleh seorang Menteri Besar yang beragama Islam daripada pakatan pembangkan­g, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka mesti mengikut apa yang DAP mahukan,” katanya.

Beliau berkata dalam isu pesta arak itu, walaupun PAS dan PKR adalah sebahagian daripada kerajaan negeri, DAP yang menentukan atau mempengaru­hi tindakan kerajaan negeri Selangor.

“DAP dalam politik ini memang matlamat dan strategi mereka adalah untuk menguasai. Jadi banyak daripada kita tidak perasan apa yang ditawarkan oleh pakatan pembangkan­g sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang akan dikuasai DAP. Ini tidak boleh mereka nafikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Program Dialog Perjuangan 4 All di Dewan Bangunan UMNO Bahagian Bakri di sini, hari ini.

Sehubungan itu Annuar berkata, pihaknya mesti memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara ini dan kini orang DAP dilihat cuba untuk memperalat­kan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka mesti mengikut apa yang DAP mahukan” Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Annuar pada forum Bicara Minda dan Sesi Dialog Perjuangan 4 All di Dewan Bangunan UMNO Bahagian Bakri, Muar, kelmarin.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Annuar pada forum Bicara Minda dan Sesi Dialog Perjuangan 4 All di Dewan Bangunan UMNO Bahagian Bakri, Muar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia