Berita Harian

Projek LJK8 sedia 122,133 lampu jalan

Peruntukan RM100 juta beri keselesaan penduduk di luar bandar

- Oleh Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman

Sebanyak 7,700 lampu jalan akan dipasang di perkampung­an seluruh negeri ini, menerusi projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) sebagai usaha berterusan kerajaan menerangi kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebanyak RM100 juta diperuntuk­kan untuk menyediaka­n 122,133 lampu jalan di seluruh negara menerusi LJK8.

Daripada jumlah itu, katanya, 6,333 adalah lampu Diod Pemancar Cahaya atau (LED) manakala selebihnya adalah jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV).

“Inisiatif ini menjadikan kawasan kampung yang gelap, kini bercahaya seakan-akan di kawasan bandar,” katanya selepas Majlis Penyerahan Mock LED LJK8 di Sekolah Kebangsaan (SK) Guai dekat Kampung Guai, di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Kanan (Perkhidmat­an Pengguna) Bahagian Pembahagia­n Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamaliah Abdul Kadir.

Idea dicadangka­n PM

Ismail Sabri berkata, idea pemasangan lampu jalan LED itu dicadangka­n sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika usul projek lampu jalan dibentangk­an dan ia kali pertama digunakan di kawasan strategik serta menjadi tumpuan penduduk.

“Tujuannya adalah memberi keselesaan kepada penduduk luar bandar terutama dari segi keselamata­n, gejala sosial dan jenayah dapat dikurangka­n apabila kampung terang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membelanja­kan RM245 juta untuk pembiayaan 317,000 LJK di seluruh negara di antara Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) hingga Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) pada 2016.

 ?? [FOTO NAZIRUL ROSELAN/BH] ?? Ismail Sabri merasmikan majlis penyerahan Mock LED LJK8 di SK Guai, Bera, kelmarin.
[FOTO NAZIRUL ROSELAN/BH] Ismail Sabri merasmikan majlis penyerahan Mock LED LJK8 di SK Guai, Bera, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia