Berita Harian

Tindakan kolektif ubah nasib Rohingya

-

Pertama sekali saya ingin mengucapka­n syabas kepada Kerajaan Malaysia yang menunjukka­n pandangan, usaha dan semangat yang konsisten dalam menangani krisis pelarian etnik Rohingya di Rakhine (Arakan).

Apa yang kita sedia maklum etnik Rohingya merupakan satu-satunya etnik yang sangat malang bukan sahaja sebagai pelarian tetapi satu etnik yang tidak diiktiraf kewarganeg­araannya walaupun di Mynamar.

Sebanyak 135 etnik diiktiraf oleh Kerajaan Myanmar dan berhak mendapatka­n kewarganeg­araan tetapi etnik Rohingya tidak termasuk dalam kategori tersebut.

Sepanjang membuat kajian dan mengenali sebahagian etnik Rohingya di Malaysia sejak lapan tahun lalu, saya berpendapa­t etnik ini wajar dapat perlindung­an badan dunia dan kerajaan.

Kenyataan pengerusi ASEAN bahawa krisis di Rakhine sebagai ‘situasi kemanusiaa­n’, bukan ‘krisis kemanusiaa­n’ adalah kenyataan yang sangat dikesali, seolaholah beliau tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sana. Ketegangan kaum antara etnik berlaku sejak Myanmar merdeka pada 1948 apabila ada di kalangan kaum minoriti yang tidak berpuas hati termasuk etnik Rohingya mendakwa ditindas oleh kerajaan.

Tindakan ARSA untuk pertahan hak

Penindasan terhadap etnik Rohingya berterusan sehingga operasi ‘Dragon King’ dilakukan oleh tentera Myanmar. Operasi ini bertujuan ‘membersih’ negara daripada orang yang memasuki negara secara haram seperti etnik Rohingya yang tidak diiktiraf kerakyatan­nya.

Selepas operasi ini dilaksanak­an nasib etnik tersebut semakin melarat apabila dinafikan pelbagai hak sebagai warganegar­a seperti pemilikan harta, pendidikan formal, pekerjaan sehingga melaksanak­an tuntutan agama juga diancam oleh kerajaan Myanmar.

Jadi, apa yang dilakukan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) adalah tindak balas mempertaha­nkan hak mereka selepas berdekad-dekad dianiaya, diseksa, anak-anak diculik, wanita dirogol, orang lelaki dibunuh dengan kejam, binatang dan rumah dibakar serta menjadi pelarian di pelbagai negara sehingga kini.

Malah, menuding jari kepada ARSA adalah tidak tepat kerana gerakan insurgensi anti-kerajaan Myanmar wujud sejak 1950-an oleh kaum minoriti penting seperti Karen, Kachin, Shan, Kayan, Mon dan Arakan yang berjuang menuntut negara bebas atau berautonom­i.

Antara jalan yang boleh digunakan untuk menyelesai­kan krisis di Rakhine termasuk diplomasi serantau tanpa babitkan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Russia, China dan lain-lain. Ini akan beri kesan jangka panjang kepada keutuhan pertubuhan ASEAN itu sendiri dan dapat menunjukka­n kepada dunia luar bahawa kerjasama di antara negara Asia Tenggara kukuh.

Laksana sekatan ekonomi, putuskan hubungan

Mungkin tindakan yang bukan ketenteraa­n lebih sesuai digunakan seperti sekatan ekonomi dan membatalka­n hubungan dengan Myanmar.

Jika tindakan ketenteraa­n dilakukan di bumi Rakhine ia bukan sahaja babitkan kemusnahan tetapi beri kesan kepada keadaan negara serantau seperti peningkata­n jumlah migrasi, pelaburan luar di negara jiran juga akan tutup dan ekonomi serantau akan lalui masa ‘gelap’.

Penindasan masyarakat Rohingya ini jika tidak diselesaik­an akan menyebabka­n kesan rantaian babitkan krisis kemanusiaa­n seperti pembunuhan, penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak, kemusnahan harta benda dan penafian kewarganeg­araan.

Negara beri perlindung­an tanggung beban kewangan

Ia juga babit isu peningkata­n jumlah pelarian, penyeludup­an migran dan pemerdagan­gan manusia. Walaupun negara tertentu terpaksa menerima jumlah pelarian menerima bantuan pertubuhan antarabang­sa, peningkata­n kos perbelanja­an domestik negara tetap meningkat kerana jumlah yang disalurkan masih tidak mencukupi.

Justeru itu, masyarakat antarabang­sa perlu memberikan sokongan secara kolektif dan konsisten dalam memperjuan­gkan hak etnik Rohingya di bumi Rakhine atau Arakan.

Perlu ada rasa tanggungja­wab bersama dan empati terhadap apa yang berlaku terhadap mereka kerana dunia yang kita duduki ini perlu dijamin dalam keadaan aman dan damai tanpa konflik berpanjang­an.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia