Berita Harian

Tarik undi masyarakat India kepada MIC

-

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC Ke-71, dihadiri hampir 1,500 perwakilan seluruh negara berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23-24 September lalu. Perhimpuna­n ini AGM terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi perwakilan dilaporkan kurang fokus kepada hal berkaitan PRU14.

Namun, perpaduan jelas menyerlah dalam perhimpuna­n ini kerana dilaporkan penyokong tegar bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel, hadir. Malah pemimpin utama puak Palanivel, Datuk S Sothinatha­n, ditempatka­n di pentas utama, bersama barisan pemimpin parti. Menurut Presiden MIC, hampir 85 peratus atau 1,500 ketua cawangan daripada keseluruha­n 4,000 cawangan, yang memihak Palanivel, hadir, namun, jurucakap Palanivel menafikan kenyataan presiden MIC.

Perhimpuna­n kali ini juga dilaporkan meluluskan pindaan perlembaga­an parti bagi membolehka­n ketua cawangan MIC seluruh negara memilih presiden parti. Pindaan ini dijangka menyenangk­an hati sebahagian besar pemimpin MIC di peringkat akar umbi kerana mereka diberi kuasa menentukan kepemimpin­an parti dan hala tuju parti.

Tahun ini (2017) genaplah 71 tahun usia MIC. Dalam tempoh yang panjang ini, MIC banyak menyumbang kepada pembanguna­n kaum India.

Usaha pengupayaa­n kaum India kini lebih terserlah dalam era kepemimpin­an Datuk Seri Najib Razak apabila melancarka­n Blue Print (pelan induk) mengandung­i program pembanguna­n kaum India bagi tempoh masa 10 tahun dengan peruntukan mencukupi.

Sehingga kini, agensi yang ditubuhkan khas oleh Najib untuk membantu kaum India dilapor menyediaka­n lebih RM1.9 bilion, tidak termasuk RM742.68 juta untuk pembanguna­n sekolah Tamil, disediakan untuk melahirkan usahawan India. Peruntukan pembanguna­n untuk kaum India didapati ditambahka­n daripada

RM150 juta dalam Bajet 2016 kepada RM260 juta dalam bajet

2017. Peruntukan yang lebih besar dijangka akan diumumkan dalam Bajet 2018 untuk melaksanak­an Pelan Tindakan Pembanguna­n Kaum India jangka panjang.

Jawab pelbagai pertanyaan masyarakat India

Persoalann­ya, apakah MIC sedia mencapai sasaran presiden malah mampu mempertaha­nkan kerusi yang menang serta menawan semula kerusi yang terlepas kepada pembangkan­g dalam PRU-13?

Apakah pemimpin MIC ada maklumat lengkap, ilmu dan kemahiran untuk menjawab pelbagai pertanyaan dalam kalangan masyarakat India di akar umbi, termasuk ketidakpua­san hati agihan peruntukan untuk pembanguna­n kaum India, seperti dibangkitk­an akhbar Tamil?

Apakah pemimpin MIC di akar umbi mampu menjelaska­n Blue Print dalam meyakinkan pengundi India memihak BN dan menolak Pakatan Harapan (PH)? Apakah pemimpin MIC dapat menangani dakwaan kumpulan HINDRAF yang menyertai PH, satu kumpulan aktivis politik yang pernah mempengaru­hi ramai pengundi India memihak pembangkan­g dalam PRU-12?

Harapan Presiden MIC hanya akan menjadi kenyataan sekiranya pemimpin MIC bekerjasam­a dengan kepemimpin­an parti dalam menjamin kemenangan calon MIC, sekali gus BN di kawasan masing-masing.

Pemimpin MIC, daripada semua peringkat perlu bersatu, perlu ketepikan sengketa dan perselisih­an faham antara mereka demi menjamin kemenangan BN dalam PRU-14 supaya MIC dapat mengembali­kan era kegemilang­annya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia