Berita Harian

Lapan lagi kediaman retak di Ladang Hong Seng

Penduduk tak tidur lena akibat halaman rumah rekah

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Lapan keluarga yang tinggal di Ladang Hong Seng dekat Mount Erskine di sini, hidup dalam ketakutan susulan kediaman mereka yang retak dan diancam mendapan tanah.

Dalam kejadian terbaru yang berlaku pada awal pagi Jumaat lalu, kediaman penduduk mengalami rekahan besar akibat mendapan tanah, hingga menyebabka­n mereka terpaksa berpindah ke kawasan selamat.

Penduduk, Gan Kok Chiang, 66, berkata beliau tidak boleh tidur lena selepas halaman rumahnya mengalami mendapan tanah seluas kirakira 120 kaki persegi.

“Meskipun sedar hujan lebat pada awal pagi itu, saya sangkakan ia hanya keadaan biasa sehingga tiba-tiba dikejutkan jiran pada jam 3 pagi memberitah­u rumah saya tenggelam.

“Saya terus keluar sebelum melihat rumah mengalami kerosakan teruk. Pihak berkuasa sudah datang melihat, dan kami sekeluarga perlu berpindah secepat mungkin untuk mengelakka­n kejadian yang lebih teruk berlaku,” katanya ketika ditemui BH, semalam.

Difahamkan, Ladang Hong Seng yang menempatka­n lebih 100 keluarga, pernah berdepan tragedi mendapan tanah kira-kira 30 tahun lalu, yang menenggela­mkan enam rumah dan mengorbank­an seorang kanak-kanak.

Sementara itu, Colin Tan Kim Phoay, 30, mendakwa sudah mengesan rekahan kecil pada beberapa bahagian kediamanny­a sejak enam tahun lalu.

“Ketika hujan lebat awal pagi kelmarin, saya nampak ada rekahan lain di tempat baharu dan semakin membesar apabila menjelang petang.

Pindah ke tempat lain

“Saya dan keluarga akan berpindah ke tempat lain kerana khuatir dengan keadaan rumah yang sudah tidak selamat. Saya berharap rumah dapat dibaik pulih segera,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng, ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah memindahka­n empat keluarga penduduk terjejas ke penempatan sementara bencana yang disediakan kerajaan negeri di Lebuh Macallum, di sini.

“Rumah mangsa yang terbabit terletak hanya kira-kira 3 meter dari anak sungai dan kita khuatir hujan lebat yang berterusan akan memburukka­n lagi keadaan.

“Kerajaan negeri sudah mengarahka­n jurutera Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk meninjau lokasi berkenaan dan kita akan meningkatk­an keselamata­n serta memberi amaran berjaga-jaga kepada penduduk berdekatan,” katanya.

Saya dan keluarga akan berpindah ke tempat lain kerana khuatir dengan keadaan rumah yang sudah tidak selamat”

Colin Tan Kim Phoay,

Penduduk Ladang Hong Seng

 ?? [ FOTO RAMDZAN MASIAM/BH ] ?? Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon (kiri) melihat retakan di sebuah rumah ketika membuat lawatan di Ladang Hong Seng di Mount Erskine, Georgetown.
[ FOTO RAMDZAN MASIAM/BH ] Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon (kiri) melihat retakan di sebuah rumah ketika membuat lawatan di Ladang Hong Seng di Mount Erskine, Georgetown.
 ??  ?? Anggota Pasukan Pertahanan Awam turut membantu mangsa mengangkat barang untuk berpindah ke kawasan selamat dalam kejadian lima buah rumah mengalami rekahan besar dan mendapan tanah.
Anggota Pasukan Pertahanan Awam turut membantu mangsa mengangkat barang untuk berpindah ke kawasan selamat dalam kejadian lima buah rumah mengalami rekahan besar dan mendapan tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia