Berita Harian

1.5 juta pelabur ASNB generasi muda

PNB sasar golongan usia 6 bulan hingga 18 tahun melalui program Didik Pelabur

- Oleh Nor Shayaumil Qhairil Eemann

Seramai 1.5 juta atau 11.4 peratus daripada jumlah pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) membabitka­n pelabur berusia enam bulan hingga 18 tahun dengan nilai pelaburan RM6.746 bilion.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata jumlah itu adalah daripada 13.1 juta pemegang unit menerusi pelaburan dalam 10 produk unit amanah ASNB sehingga tempoh 31 Ogos lalu.

“Generasi berusia antara enam bulan hingga 18 tahun adalah antara sasaran PNB dalam program Didik Pelabur yang dianjurkan pada saban tahun.

“Sebagai institusi diberi mandat mengurus dan mengukuhka­n ekuiti Bumiputera di negara ini, kami mahu berperanan penting dalam usaha melahirkan generasi muda bijak mengurus wang,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Fiesta Labur PNB 2017 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Suntik semangat PNB

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an hadiah wang tunai RM3,000 kepada johan Pertanding­an Seni Kreatif Peringkat Kebangsaan iaitu peserta dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lereh, Melaka; naib johan SK Jelawat 2, Kelantan (RM2,000) dan ketiga kepada SK Zainab 1, Kelantan (RM1,000), manakala hadiah sagu hati RM800 masing-masing dimenangi SK Bayan Lepas 2, Pulau Pinang dan SK Putrajaya Presint 14 (1).

Sementara itu, Abdul Wahid berkata, penganjura­n fiesta berkenaan adalah pencapaian membanggak­an dan menjadi penyuntik semangat kepada PNB dan ASNB untuk terus menganjurk­an program sama pada masa depan.

“Saya yakin gabungan pelbagai program Didik Pelabur dan Fiesta Labur kali ini berjaya menyebarka­n maklumat pelaburan kepada orang ramai terutama penduduk Putrajaya dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Fiesta Labur PNB 2017 yang berakhir semalam, menyediaka­n pelbagai program termasuk Santai Labur PNB menampilka­n usahawan seperti Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Selain itu, penganjura­n bengkel ‘Kuasai Kewangan Peribadi Anda’ diadakan membincang­kan empat topik berkaitan persaraan, pembiayaan ASB, emas, hartanah dan harta pusaka.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Abdul Wahid (lapan dari kiri) bersama pemenang Pertanding­an Seni Kreatif Peringkat Kebangsaan pada Majlis Penutupan Fiesta Labur PNB 2017 di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Abdul Wahid (lapan dari kiri) bersama pemenang Pertanding­an Seni Kreatif Peringkat Kebangsaan pada Majlis Penutupan Fiesta Labur PNB 2017 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia