Berita Harian

MBJ KKMM rai penghuni asnaf

Serah bantuan ringan beban warga Pusat Jagaan Asnaf Murni

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Lebih 55 penghuni Pusat Jagaan Asnaf Murni di Seremban, Negeri Sembilan, diraikan ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Sabtu lalu.

Menerusi Program Tanggungja­wab Sosial (CSR) dan Kemasyarak­atan Bagi Tahun 2017 itu, ahli MBJ menceria dan menggembir­akan ahli pusat jagaan yang kebanyakan kanak-kanak berusia antara tiga hingga tujuh tahun.

Program julung kali diadakan dengan kerjasama Kelab KKMM itu juga membolehka­n ahli MBJ meluangkan masa memberi khidmat masyarakat bersama golongan memerlukan.

Rapat silaturahi­m

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM, Datuk Samsuni Mohd Nor, berkata program CSR itu bertujuan merapatkan silaturahi­m ahli MBJ dengan pengurusan kementeria­n.

Beliau berkata, program yang selari dengan Prinsip Merakyatka­n Perkhidmat­an Awam dalam agenda turun padang itu secara tidak langsung merapatkan jurang antara warga KKMM dengan masyarakat.

“Kita berharap sumbangan ini dapat meringanka­n beban dan membantu warga pusat jagaan dalam menguruska­n aktiviti harian mereka,” katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Wakil Pekerja MBJ KKMM, Zulfadzly Banuri, Pengerusi Majlis Muafakat Pengerusi-pengerusi Bandar Sri Sendayan, Syuhairie Shaharuddi­n dan Pengetua Pusat Jagaan Asnaf Murni, Mohd Shukri Abu Hasan.

Serah sumbangan

Program satu hari itu bermula dengan mesyuarat MBJ di Institut Kepimpinan dan Pembanguna­n Universiti Teknologi MARA (UITM) Nilai pada waktu pagi, dipengerus­ikan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKKM, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad.

Selepas mesyuarat berakhir, pengurusan dan ahli MBJ bergerak ke Pusat Jagaan Asnaf Murni yang terletak di Bandar Sri Sendayan bagi pelaksanaa­n program CSR.

Majlis berakhir dengan penyerahan sumbangan barangan keperluan seperti beg sekolah, alatan persekolah­an, peti sejuk beku, mesin basuh dan wang tunai daripada MBJ dan Kelab KKMM.

 ??  ?? Samsuni duduk barisan kedua, empat dari kiri dan Mohd Shukri (duduk tiga dari kiri) bersama sebahagian penghuni Pusat Jagaan Asnaf Murni pada program CSR, baru-baru ini.
Samsuni duduk barisan kedua, empat dari kiri dan Mohd Shukri (duduk tiga dari kiri) bersama sebahagian penghuni Pusat Jagaan Asnaf Murni pada program CSR, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia