Berita Harian

Pelarian harap talian hayat rakyat Malaysia

Bantuan makanan, ubat-ubatan perlu untuk teruskan kehidupan

-

Selepas bermalam di kem pelarian Rohingya di Balukhali malam kelmarin, penulis mendapati pelarian Rohingya amat bergantung kepada bantuan kemanusiaa­n negara lain, termasuk Malaysia, yang menjadi talian hayat kepada masyarakat mereka selama ini.

Pelarian “tidak bernegara” dari barat Myanmar itu juga bergantung kepada simpati sanak saudara yang berlindung di negara lain untuk menghantar bantuan kewangan.

“Sini ada makanan tapi tiada wang. Kami tiada kerja, tidak buat apa-apa,” kata Hasyim Ullah, 32, pelarian Rohingya yang berasal dari Jadiphara, Maungdaw, Barat Myanmar.

Hasyim Ullah berlindung di kem pelarian Balukhali bersama isterinya, Asma, 22, dan dua anak lelakinya, Umar Farouq, 8, dan Akhtar Farouq, 5, sejak empat bulan lalu.

Seorang lagi anak perempuann­ya, Umi Habibah, 7, menetap bersama keluarga abangnya di kem pelarian Shamlapur, kira-kira sejam dari Balukhali.

“Saya tinggalkan anak perempuan kerana dia bersekolah di sana. Tapi kami kena pindah ke sini sebab di sana makanan tidak cukup.

“Sini bantuan makanan ada setiap hari tapi anak (Umar Farouq) saya tak sekolah. Sekolah UNICEF dah penuh,” katanya Hasyim yang kini menjadi ketua antara blok dalam zon B kem penempatan Balukhali yang dikawal tentera Bangladesh.

Tentera Bangladesh membahagik­an kawasan pelarian itu kepada beberapa zon bagi memudahkan koordinasi pengagihan bantuan makanan.

Blok dijaga Hasyim mempunyai 182 rumah yang menempatka­n 836 pelarian Rohingya dengan lebih separuh adalah pelarian yang baru tiba ke Bangladesh sejak sebulan lalu.

Isterinya dan anak-anaknya antara yang baru tiba ke Balukhali selepas konflik di Rakhine meletus hujung bulan lalu.

Lebih 480,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari utara Rakhine selepas tentera Myanmar menjalanka­n operasi berdarah memburu kumpulan militant ARSA, Tentera Pembebasan Rohingya Arakan, yang menyerang pos polis dan tentera di sempadan Myanmarban­gladesh.

“Mereka juga serang orang kampung bukan militan saja. Tentera juga bakar rumah Rohingya,” kata Hasyim mendakwa tentera sengaja berbuat demikian untuk menghalau etnik Rohingya dari Arakan (nama asal Rakhine).

Undang-undang Kewarganeg­araan 1982 yang disifatkan sebagai punca penindasan ke atas Rohingya, tidak mengiktira­f etnik itu sebagai warganegar­a negara Myanmar yang merdeka sejak 1948.

Etnik Rohingya dilaporkan menetap di Arakan sejak berkurun lamanya, malah diiktiraf sebagai rakyat ketika negara majoriti penganut Buddha itu merdeka.

Junta Myanmar bersikap keras

Namun junta Myanmar yang mengambil alih kuasa melalui Jeneral Ne Win pada awal 1960-an mengambil sikap keras dan tidak mengiktira­f Rohingya sebagai rakyatnya, selain menggunaka­n sentimen antiislam untuk menghalau etnik Rohingya.

Krisis Rohingya Muslim-rakhine Buddha memuncak pada penghujung 2012 apabila 140,000 hilang tempat tinggal dan menjadi pela-

rian dalaman di Rakhine.

“Tentera Myanmar memang mahu kami mati,” kata pelarian Rohingya, Dil Muhamad, 50, yang penulis temui di Balukhali sebelum berjumpa Hasyim.

Hasyim berkata, ramai dalam kalangan pelarian Rohingya pernah masuk ke Malaysia.

Beliau sendiri pernah berada di Malaysia selama empat tahun sebelum datang ke Bangladesh sejak tahun lalu, selepas keadaan semakin teruk di Rakhine.

Di Malaysia, Hasyim bekerja mengumpul besi buruk di Balakong untuk membantu keluargany­a yang ketika itu menetap di Maungdaw.

Setiap bulan, beliau menghantar kira-kira RM1,000 kepada isteri dan anak-anaknya di Myanmar melalui perkhidmat­an Houng Ti selain turut membantu bapanya, Abdul Jabar yang kini menetap di kem pelarian Shamlapur.

Houng Ti merujuk perkhidmat­an penghantar­an wang (seperti bank) dengan menggunaka­n panggilan telefon.

“Kita boleh hantar wang di Malaysia, bayar di sana dan ambil di sini,” katanya yang kini turut bergantung sumber kewangan dengan adiknya yang kini berada di Malaysia.

Hashim memberitah­u penulis, beliau belajar bahasa Melayu semasa setahun ditahan dalam penjara di Pokok Sena, Kedah oleh imigresen ketika cuba masuk ke Malaysia melalui jalan laut.

Ketika berada di Balukhali semalam, penulis bertemu empat pelarian Rohingya yang pandai berbahasa Malaysia, termasuk Montaz, 21, juga berasal dari Jadiphara, Maungdaw.

Montaz adalah anak yatim piatu dan pernah bekerja di Malaysia selama enam tahun sebelum masuk ke Bangladesh awal tahun ini.

“Saya tiada ayah lagi, emak pula mati di Myanmar kena potong (dibunuh) tentera,” dakwanya yang tidak mahu pulang ke Rakhine lagi.

Semalam, Montaz antara enam pelarian Rohingya di blok itu yang menjaga keselamata­n penulis ketika bermalam di kem Balukhali.

Jaga keselamata­n

“Abang tidur jangan bimbang, kami jaga abang,” kata Montaz kepada penulis, menjelaska­n adik Hasyim yang berada di Malaysia berpesan supaya mereka menjaga keselamata­n penulis, orang asing pertama bermalam di Balukhali, yang didiami lebih 48,000 pelarian Rohingya baru.

Balukhali antara dua kem pelarian utama di daerah Ukhia di bawah Cox’s Bazar selain Kutupalong. ada lebih daripada 250,000 pelarian baru di Kutupalong dan Balukhali yang dikawal pihak tentera Bangladesh.

Keselamata­n kem dijaga pelarian Rohingya yang dibahagika­n mengikut zon diketuai seorang magi (ketua) seperti Hasyim, manakala pihak tentera hanya akan masuk ke kawasan kem pelarian jika ada sebarang masalah.

“Sini memang tiada masalah, kalau ada gaduh mereka (pelarian Rohingya) tak dapat makan,” kata Hasyim menjelaska­n kebanyakan pelarian bergaduh kerana masalah kecil seperti jiran sebelah buang sampah atau najis dekat khemah orang lain.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Hanya kawasan dekat kemudahan utama seperti kedai dan klinik mempunyai bekalan ekektrik di kem pelarian Balukhali.
Hanya kawasan dekat kemudahan utama seperti kedai dan klinik mempunyai bekalan ekektrik di kem pelarian Balukhali.
 ??  ?? Sebahagian pelarian wanita menunggu bantuan.
Sebahagian pelarian wanita menunggu bantuan.
 ??  ?? Antara pelarian Rohingya di kem Balukhali.
Antara pelarian Rohingya di kem Balukhali.
 ??  ?? Pelarian menunggu agihan bantuan di kem Balukhali yang dikawal tentera Bangladesh.
Pelarian menunggu agihan bantuan di kem Balukhali yang dikawal tentera Bangladesh.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kedaifan hidup terpaksa dialami kanak-kanak akibat kekurangan kemudahan asas di kem pelarian.
Kedaifan hidup terpaksa dialami kanak-kanak akibat kekurangan kemudahan asas di kem pelarian.
 ??  ?? Kem pelarian Balukhali serba kekurangan.
Kem pelarian Balukhali serba kekurangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia