Berita Harian

UKM, USM, MAHSA pasukan terbaik pusingan terakhir

-

Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpilih antara tiga pasukan terbaik pada pusingan akhir program ‘Pitch For Progress 2.0’ dengan tema Revolusi Pendidikan yang diadakan sejak Jumaat lalu.

Selain UKM, Universiti MAHSA dan Universiti Sains Malaysia (USM) turut diumum antara tiga terbaik daripada lapan pasukan yang bersaing dalam peringkat akhir.

Lapan pasukan itu pula antara 56 pasukan daripada 30 universiti awam (UA) dan swasta diwakili keseluruha­n 168 pelajar yang menyertai program berkenaan.

Tiga pasukan terbaik masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Setiap pasukan diberi dua minit untuk menyampaik­an idea dan hujah kepada barisan hakim.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh turut mengadili pembentang­an peringkat akhir itu di Universiti Asia Pasifik, di sini semalam.

Bercakap pada sidang media, Idris berkata, idea dibentangk­an peserta program selaras Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) (Pengajian Tinggi).

Katanya, ia juga selaras gagasan Redesignin­g higher education untuk melonjakka­n kejayaan sektor pendidikan tinggi.

Idea beri inspirasi

“Kita dimaklumka­n pelbagai idea dikemukaka­n pelajar daripada lebih 50 universiti seluruh negara, sangat memberi inspirasi.

“Cadangan bernas pelajar akan disatukan dalam kerangka industri pendidikan 4.0 yang akan dikeluarka­n oleh kementeria­n selepas mendapat nasihat, pandangan dan maklum balas rakyat selepas ini,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Institut Informasi Teknologi Asia Pasifik, Datuk Dr Parmjit Singh.

Sementara itu, pelajar tahun akhir jurusan undangunda­ng UKM, Jason Cheong Koh Lok, 23, berkata cadangan pendidikan fleksibel dibentangk­an pasukannya, bukan untuk mengubah sistem lama.

“Ia sebagai satu pilihan pelajar untuk memperkasa pendidikan mengikut kekuatan mereka. Pelajar boleh pilih subjek dan tempoh untuk menyelesai­kan pengajian tanpa had jam kredit setiap semester,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia