Berita Harian

SMK Sungai Kertas pecah rekod domino manusia

-

Gombak: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kertas berjaya memperbaha­rui rekod jumlah penyertaan paling ramai untuk menghasilk­an domino manusia dalam Malaysia Book of

(MBOR) dengan penyertaan 4,136 peserta, di sini semalam.

Pengetuany­a, Siti A’ida Joned, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk penyertaan dari 50 sekolah?dari daerah Gombak dan empat negeri lain, mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat serta komuniti setempat.

Beliau berkata, rekod baharu itu, sekali gus berjaya memecahkan catatan yang dipegang oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan penyertaan 2,500 pelajar, tiga tahun lalu.

“Cabaran domino manusia ini adalah percubaan kali kedua selepas kami gagal memperbaha­rui rekod berkenaan pada Ogos lalu.

“Walaupun hanya tempoh masa sebulan, pihak sekolah berjaya memperoleh penyertaan ramai sekali gus melayakkan kami mendapat pengiktira­fan peringkat kebangsaan daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Program amal

Terdahulu, pada majlis yang dianjurkan oleh SMK Sungai Kertas dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak itu, turut diadakan Program Misi Amal Palestin.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Penyelaras Pembanguna­n Parlimen Gombak, Datuk Abdul Rahim Kamarudin.

Yang turut hadir ialah Selebriti Aman Palestin, Yatt Hamzah.

Siti A’ida berkata, pada majlis itu pihaknya turut menyerahka­n wang kutipan sebanyak RM11,111 kepada Yatt Hamzah bagi membantu rakyat Palestin.

Beliau berkata, pihaknya berharap program itu dapat memupuk semangat dan menghargai nilai kemanusiaa­n dalam kalangan pelajar sekolah selain menunjukka­n tanda sokongan dan keprihatin­an rakyat Malaysia kepada negara Islam yang menghadapi pergolakan.

 ??  ?? Seramai daripada peserta yang menyertai domino manusia di SMK Sungai Kertas, Gombak, baru-baru ini. Records
Seramai daripada peserta yang menyertai domino manusia di SMK Sungai Kertas, Gombak, baru-baru ini. Records

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia