Berita Harian

Lelaki sakit mental kurung adik, kakak

Suspek pegang pisau, gunting tak puas hati ditegur abang

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental, bertindak mengurung kakak dan adiknya dalam satu kejadian di sebuah kediaman di Bandar Bukit Tinggi di sini, malam kelmarin selepas tidak berpuas hati ditegur abangnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata pihaknya dimaklumka­n abang lelaki terbabit bahawa adiknya yang berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah dirawat di sebuah pusat rawatan berbayar di Cheras.

“Bagaimanap­un, lelaki berkenaan melarikan diri dari pusat rawatan itu selepas tiga bulan berada di sana.

Pegang pisau, gunting

“Siasatan mendapati, suspek tidak berpuas hati apabila ditegur abangnya yang berusia 39 tahun itu, selepas dia mundar-mandir dalam rumah sambil memegang pisau dan gunting,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, suspek dipercayai mengurung kakaknya yang berusia 38 tahun serta adik lelaki mereka yang berusia 17 tahun.

Abang mereka berjaya melarikan diri secara terjun dari tingkat satu unit rumah kedai itu, namun patah kedua-dua kakinya sebelum dikejarkan untuk rawatan ke hospital.

Negatif dadah

Kedua-dua adik-beradik suspek berjaya diselamatk­an anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas berhasil suspek dipujuk selama tiga jam.

Kakak suspek turut mengalami kecederaan terkena libasan parang di lengan kirinya.

Susulan kejadian, suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam, manakala ujian kencing terhadap suspek mendapati ia negatif dadah.

Siasatan mendapati, suspek tidak berpuas hati apabila ditegur abangnya yang berusia 39 tahun itu, selepas dia mundar-mandir dalam rumah sambil memegang pisau dan gunting”

Shamsul Amar Ramli, Ketua Polis Daerah Klang Selatan

 ?? [FOTO FALIQ LAJIM/BH] ?? Abang suspek mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah selepas nekad terjun tingkap tingkat satu rumah Bandar Bukit Tinggi, Klang.
[FOTO FALIQ LAJIM/BH] Abang suspek mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah selepas nekad terjun tingkap tingkat satu rumah Bandar Bukit Tinggi, Klang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia