Berita Harian

‘Chunrong mampu bawa PROTON ke tahap lebih tinggi’

-

Kerajaan tidak campur tangan dalam pelantikan Dr Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) PROTON Holdings Bhd yang baharu.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pelantikan itu dibuat PROTON yang yakin dengan kebolehan serta pengalaman dimiliki Chunrong.

Katanya, pelantikan CEO yang baharu adalah urusan perniagaan syarikat PROTON milik DRBHICOM

(gambar),

Bhd dan sesiapa sahaja yang dilantik sebagai CEO tidak perlu dijadikan modal atau isu asalkan perniagaan itu diterajui individu terbaik.

“Tidak kiralah sama ada individu berkenaan warga asing atau Bumiputera kerana apa yang penting, beliau mampu membawa PROTON ke tahap yang lebih tinggi.

“Industri automotif kini semakin mencabar dan global. Sudah tentu PROTON perlu diterajui individu terbaik dan Chunrong berpengala­man luas lebih 30 tahun.

“Kita yakin DRBHICOM mahu memasarkan PROTON sehingga ke peringkat ASEAN berbanding kini pasaran hanya di Malaysia dan hasrat itu boleh direalisas­ikan Li,” katanya.

Bawa pengalaman 30 tahun

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat Program Usahawan Jeli di RTC Tunjong, di Kota Bharu, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, PROTON Holdings Bhd melantik Li sebagai CEO PONSB, berikutan pele takan jawatan Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Chunrong yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri automotif dan mempunyai pengalaman bekerja dengan jenama utama antarabang­sa seperti Honda, Kia dan Dongfeng dalam pelbagai jawatan tertinggi.

Chunrong bakal bertanggun­gjawab terhadap keseluruha­n operasi PROTON, membabitka­n pengeluara­n, pembuatan, operasi, kualiti, penyelidik­an dan pembanguna­n, penjualan serta pemasaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia