Berita Harian

Kecederaan tidak patahkan semangat Firdaus

Berjaya memenangi emas acara lompat jauh

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Pernah mengalami kecederaan lutut ketika membuat persiapan pada pertanding­an akhir Kejohanan Olahraga dan Balapan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) tidak mematahkan semangat Mohammad Firdaus Fitri Farid,12, atau Firdaus untuk meneruskan latihan.

Malah, siapa sangka berkat kesungguha­n murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tengas, Serdang, itu menjalani latihan dan menolak tepi segala kesakitan membuahkan hasil apabila berjaya memenangi pingat emas pada acara lompat jauh dan pingat perak (lompat tinggi).

“Sejujurnya ia cukup menganggu konsentras­i dan kualiti lompatan ketika itu. Namun, saya menolak tepi segala kesakitan dan fokus untuk memberi persembaha­n terbaik menerusi lompatan untuk acara lompat jauh dan lompat tinggi.

“Saya juga bersyukur kerana mempunyai jurulatih yang tidak putus memberi semangat juang begitu juga dengan ahli keluarga lain. Saya juga memenangi pingat gangsa untuk acara 4 x 100 meter pada Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSM baru-baru ini,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik itu mula bergiat aktif dalam sukan olahraga ketika berusia 10 tahun untuk acara lompat jauh dan lompat tinggi pada usia 12 tahun.

“Saya bermula dengan acara lompat jauh dan ketika berada di Tahun Enam, guru saya iaitu, Encik Alif Amin meminta saya untuk menyertai acara lompat tinggi dan saya berjaya melakukann­ya.

“Sejak itu, saya berlatih untuk dua acara selain larian 4 x 100 meter. Saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana latihan dilakukan serentak dan fleksibel,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang Tentera Udara.

 ??  ?? Firdaus menjadi kebanggaan setelah berjaya mengharumk­an nama sekolah.
Firdaus menjadi kebanggaan setelah berjaya mengharumk­an nama sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia