Berita Harian

Kidzania Kuala Lumpur bentuk sahsiah kerjaya

Kidzania beri pelbagai latihan kerjaya demi meningkatk­an kemahiran

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Kidzania Kuala Lumpur (KZKL) memastikan kakitangan yang digelar zupervisor (nama khas bagi kakitangan di dunia Kidzania) itu menerima latihan lengkap untuk meningkatk­an kualiti kerja di taman tema keluarga itu.

Selain itu, ia juga bagi memastikan setiap zupervisor mengekalka­n piawaian antara 24 kerajaan Kidzania luar negara antaranya di Mexico, Singapura, Indonesia, Jepun dan United Kingdom.

Pengurus Besar Kidzania Kuala Lumpur, Encik Shahrul Nizar Ahmad, berkata pelbagai jenis latihan diberikan kepada

zupervisor Kidzania

Kuala Lumpur termasuk peningkata­n penguasaan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama.

Beliau berkata, setiap

zupervisor dilatih bagi membimbing kanak-kanak untuk membabitka­n diri dalam aktiviti baharu yang mencabar dan pada masa sama mengembang­kan pelbagai kemahiran seperti komunikasi, tingkah laku serta menyelesai­kan konflik.

“Selain itu, mereka

(zupervisor) juga dilatih untuk mendorong kanakkanak dalam pengurusan maklumat, bahasa, kepimpinan, membuat keputusan, pengurusan kewangan, menyelesai­kan masalah, kecerdasan emosi dan vokasional.

Budaya pembelajar­an berterusan

“Kidzania Kuala Lumpur memberi ruang positif kepada zupervisor untuk belajar dan mengajar kanak-kanak yang bermain di taman tema ini supaya dapat membangunk­an budaya pembelajar­an yang berterusan serta bersikap bertanggun­gjawab ke atas segala tindakan yang dilakukan.

“Zupervisor juga dilatih untuk bekerja dalam persekitar­an kondusif dengan pembahagia­n tugas di semua bahagian termasuk operasi, teknikal, artistik dan pengurusan bertujuan meningkatk­an kualiti penyampaia­n ketika kanak-kanak berkunjung ke Kidzania Kuala Lumpur,” katanya.

Encik Shahrul Nizar berkata, program yang diadakan khas untuk zupervisor bagi menghasilk­an kualiti pekerja yang bukan sahaja mahir mendidik kanak-kanak tetapi dapat menimba ilmu mengenai industri pelanconga­n.

Kidzania, taman tema keluarga yang dibuka sejak tahun 2012 itu menjanjika­n lebih daripada 100 bidang pekerjaan yang dapat memberi pengalaman baharu kepada kanak-kanak mengenai dunia pekerjaan sebenar.

 ??  ?? Zupervisor telah dilatih bagi membimbing kanakkanak untuk melakukan aktiviti.
Zupervisor telah dilatih bagi membimbing kanakkanak untuk melakukan aktiviti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia