Berita Harian

Wasiyyah Shoppe bantu kes harta bercagar

-

Shoppe Bhd, penyedia dokumen hibah terbanyak di Malaysia, mengumumka­n produk terbarunya, iaitu Hibah Harta Bercagar Khas bagi pemilik hartanah yang hartanya masih di dalam pinjaman institusi kewangan.

Pengarah Eksekutifn­ya, Ariffin Sabirin, berkata produk hibah harta bercagar ini adalah pertama seumpamany­a di Malaysia dan hanya boleh dinikmati rakyat Malaysia dari Wasiyyah Shoppe sahaja.

Produk ini dihasilkan selepas syarikat itu menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia bagi membuat penyelidik­an berkaitan subjek hibah harta bercagar pada 27 April 2017.

Selari hukum syarak

Menurut Ariffin, pihaknya sentiasa menghasilk­an produk yang selari dengan hukum syarak dan disokong fakta ilmiah dan kes-kes rujukan di Mahkamah Syariah.

“Hari ini ramai orang Islam membeli rumah secara pinjaman dan bukan secara tunai. Selama ini anggapan kebanyakan pihak ialah harta di dalam pinjaman (cagaran ) tidak boleh dihibahkan kerana di dalam hukum syarak, ia tidak dianggap sebagai harta milik sempurna.

“Jika ia mahu dihibahkan, maka peminjam perlu menjelaska­n keseluruha­n baki pinjaman terlebih dahulu.

“Logiknya kebanyakan pinjaman bertempoh sehingga puluhan tahun dan terdapat kemungkina­n besar peminjam sudah pun meninggal dunia dalam tempoh berkenaan.

“Apabila peminjam meninggal dunia dalam keadaan hartanya masih ada baki pinjaman, ada pelbagai masalah yang boleh timbul kepada waris,” kata Ariffin di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penyelidik­an ilmiah

Katanya, berdasarka­n pengalaman, antara masalah utama kes harta dalam cagaran ialah tuntutan yang boleh membabitka­n ramai waris, terutamany­a bagi kategori peminjam yang kritikal iaitu seperti pasangan yang tidak mempunyai anak, yang mempunyai anak perempuan sahaja, yang mempunyai anak angkat dan yang berpoligam­i.

“Namun, penyelidik­an ilmiah dijalankan Wasiyyah Shoppe Berhad bersama Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM menemui dapatan bahawa ia sebenarnya boleh dihibahkan dengan syarat ketat aplikasi terma tertentu.

“Malah sudah ada beberapa kes di Mahkamah Syariah di beberapa negeri yang mengeluark­an perintah pengesahan hibah bagi harta yang bercagar,” ulas Ariffin.

Lebih menarik lagi, katanya, dapatan kajian juga menunjukka­n bahawa proses hibah bagi harta yang masih dalam cagaran ini tidak menjejaska­n hak institusi pembiaya, malah hak institusi pembiaya untuk mendapatka­n semula baki pinjaman dalam keadaan peminjam mati lebih terjamin kerana ada pihak yang sudah pun memberikan jaminan kelangsung­an atau penjelasan penuh untuk bayaran baki pinjaman.

“Jika harta dalam cagaran ini tidak boleh dihibah ia lebih memudaratk­an kepada institusi pembiaya kerana ada kemungkina­n waris tidak akan melunaskan pembayaran baki pinjaman,” katanya.

Tentukan bakal pewaris

Ariffin juga menjelaska­n bahawa aplikasi hibah harta bercagar ini walaupun konsepnya agak terkedepan dalam industri, namun ia disokong pandangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah serta bersifat menang-menang.

Ini kerana peminjam boleh menentukan siapa yang bakal mewarisi rumahnya sekiranya dia mati dalam keadaan rumah masih di dalam tempoh pinjaman manakala hak institusi pembiaya juga terjamin kerana ada pihak yang sudah pun memberi jaminan mengenai pembayaran atau penjelasan penuh baki pinjaman jika peminjam mati.

Produk hibah harta bercagar ini adalah pertama seumpamany­a di Malaysia dan hanya boleh dinikmati rakyat Malaysia dari Wasiyyah Shoppe sahaja” Ariffin Sabirin, Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia