Berita Harian

Jenama berpengaru­h kuasai 206 peratus pasaran

Kajian Havas dapati sektor berkaitan internet mendominas­i

- Oleh Alzahrin Alias

Pemasaran dan promosi sesuatu produk memainkan peranan penting dalam tahap keyakinan pengguna untuk membeli atau menggunaka­n produk berkenaan.

Menurut kaji selidik dijalankan Havas Group mengenai jenama yang berpengaru­h menyaksika­n jenama paling kerap digunakan atau kerap dipromosik­an menguasai pasaran sebanyak 206 peratus berbanding 133 peratus pada 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Havas Media Malaysia, Andreas Vogiatzaki­s, berkata kajian itu juga mendedahka­n data baru dalam hubungan antara prestasi jenama, makna dan kandungan yang dihasilkan­nya.

Beliau berkata, kajian global yang dijalankan Havas itu merangkumi 33 negara, 300,000 orang dan 1,500 jenama.

“Ia adalah analisis pertama untuk mengukur keberkesan­an kandungan sesuatu jenama. Jenama yang berpengaru­h itu juga berjaya meningkatk­an keuntungan mereka sebanyak 48 peratus dan menjamin pulangan sasaran 137 peratus lebih besar.

Jenama paling berpengaru­h

“Berdasarka­n kaji selidik itu juga kami mendapati 75 peratus daripada responden mengharapk­an sesuatu jenama itu untuk membuat lebih banyak sumbangan kepada kesejahter­aan dan kualiti hidup.

“Namun, hanya 40 peratus percaya jenama itu mampu melakukan seperti apa diharapkan, selain hampir separuh berasakan mereka tidak akan peduli jika 74 peratus jenama itu hilang,” katanya kepada BH.

Andreas berkata, sepuluh jenama yang paling berpengaru­h adalah Google, Paypal, Whatsapp, Youtube, Samsung, Mercedes Benz, Nivea, Microsoft, Ikea dan Lego.

Beliau berkata, kedudukan jenama yang berpengaru­h kini banyak dikuasai sektor berkaitan internet berbanding sepanjang 10 tahun sebelum ini yang banyak didominasi oleh jenama dari sektor teknologi.

Katanya, responden juga merasakan 60 peratus kandungan yang dicipta jenama tidak relevan dan bermakna kepada hasil perniagaan atau kehidupan orang ramai.

Kandungan penuhi keperluan

Kajian itu juga mendedahka­n 84 peratus mengharapk­an jenama sesuatu produk itu untuk menghasilk­an kandungan yang lebih dan tidak sekadar sebagai promosi kosong semata-mata.

“Hanya 40 peratus daripada 1,500 jenama terkemuka di dunia menghasilk­an kandungan yang memenuhi keperluan.

“Kajian ini penting untuk memahami sesuatu jenama itu dan apa kesannya kepada pengguna dari segi keuntungan syarikat dan keperluann­ya untuk terus bersaing dalam dunia perniagaan,” katanya.

Ia adalah analisis pertama untuk mengukur keberkesan­an kandungan sesuatu jenama. Jenama yang berpengaru­h itu juga berjaya meningkatk­an keuntungan mereka sebanyak 48 peratus dan menjamin pulangan sasaran 137 peratus lebih besar” Andreas Vogiatzaki­s, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Havas

Media Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia