Berita Harian

Pasaran saham dijangka pulih minggu ini

-

Penanda aras pasaran sa ham tempatan, indeks FBM KLCI mencatat penurunan untuk lapan hari berturut-turut sehingga ke paras sokongan 1,760 mata. Penurunan ini adalah di sebabkan faktor politik seperti ketidakten­tuan mengenai keputusan pilihan raya Jerman yang mungkin menggugat kestabilan blok Euro, serta ketegangan di Semenanjun­g Korea.

Kegusaran pelabur juga berikutan kemungkina­n kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada bulan ini.

FBM KLCI dibuka rendah pada awal minggu pada paras 1,771.39 dan terus menurun sepanjang minggu untuk ditutup pada 1,755.58. Pada minggu, kita menyaksika­n pelabur asing menjadi penjual bersih setiap hari dengan nilai keluar bersih untuk tujuh hari adalah sebanyak RM1.31 bilion.

Untuk minggu ini adalah dijangka pasaran akan pulih, kerana biasanya pasaran tidak akan turun melebihi 11 hari berturut-turut.

Untuk prestasi mingguan,

FBM KLCI turun 1.9 untuk ditutup pada paras 1,764.14 mata. Pasaran ekuiti Asia secara meluas merosot pada hari Isnin berikutan ketegangan yang melanda

Korea Utara dan kebimbanga­n mengenai keputusan pilihan raya di Jerman pada hujung minggu yang boleh menambah ketidakpas­tian politik di zon euro.

Jumlah dagangan kukuh

Kegiatan perdaganga­n pasaran tempatan terus kukuh dengan jumlah dagangan sebanyak

2.460 bilion bernilai RM2.364 bilion berbanding dengan 3.250 bilion bernilai RM2.292 bilion yang diniagakan pada Jumaat lalu. Semua sektor secara amnya ditutup bercampur-campur.

Indeks teknologi turun 1.6 peratus, yang diketuai oleh

Unisem -RM0.14 (-3.61 peratus),

MPI -RM0.44 (-3.22 peratus) dan Uchitech -RM0.08 (-2.96 peratus). Kaunter rugi yang lain termasuk Heineken -RM0.50 (-2.66 peratus), Allianz -RM0.34 (-2.29 peratus), Ajinomoto -RM0.32 (-1.56 peratus), HLIND -RM0.21 (-2.2 peratus), Ambank -RM0.13 (-2.89 peratus), George Kent -RM0.13 (-4.23 peratus), RHB -RM0.12 (-2.27 peratus), Spritzer -RM0.12 (-5.15 peratus) dan Gamuda - RM0.07 (-1.31 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih pada hari berkenaan adalah pada RM127.1 juta.

Nilai ringgit sedikit lebih rendah berbanding dolar AS pada RM4.1985 satu dolar.

FBM KLCI turun 3.55 mata, untuk ditutup pada 1,765.59. Pasaran saham Asia menurun sejajar dengan prestasi Wall Street semalam dan bursa Eropah juga mengalami nasib sama. Jumlah dagangan pasaran tempatan meningkat kepada 3.697 bilion bernilai RM2.735 bilion berbanding dengan dagangan semalam sebanyak 2.461 bilion saham yang diniagakan bernilai RM2.364 bilion.

Kebanyakan sektor jatuh dengan indeks teknologi seperti GHL -RM0.07 (-4.14 peratus), Pentamaste­r -RM0.19 (-3.87 peratus), MPI -RM0.32 (-2.42 peratus), KESM -RM0.32 (-1.95 peratus) dan Globetroni­cs -RM0.15 (-2.45 peratus) mendahului penurunan sebanyak 1.92 peratus.

Kaunter rugi yang lain termasuk Petronas Gas -RM0.34 (-1.84 peratus), Timedotcom -RM0.20 (-2.19 peratus), Ann Joo -RM0.19 (-5.16 peratus), Airasia -RM0.13 (-3.68 peratus) dan Genting Malaysia -RM0.11 (-1.99 peratus). Sebaliknya, kaunter untung termasuk Scientex +RM0.29 (+3.38 peratus), Bison +RM0.17 (+7.73 peratus), Westports + RM0.13 (+3.46 peratus), George Kent +RM0.12 (+ 4.08 peratus), Carimin +RM0.115 (+26.44 peratus), Sapura Energy +RM0.05 (+3.01 peratus) dan

Haio +RM0.13 (+2.63 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih hari ini pada -Rm254.8mil. Ringgit menyusut nilai berbanding dolar AS pada RM4.2078.

Prospek kadar faedah

KLCI turun 1.35 mata untuk ditutup pada 1,764.24. Indeks saham Asia sedikit berubah pada hari Rabu apabila komen daripada Ketua Rizab Persekutua­n, Janet Yellen mengenai prospek kadar faedah yang lebih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia