Berita Harian

Pemulihan sederhana FBM KLCI

Indeks utama Bursa Malaysia dijangka menokok pada paras 1,772

-

Bursa Malaysia dijangka mengalami pemulihan sederhana minggu depan dengan indeks utama meningkat kepada paras 1,772 didorong oleh belian semasa harga rendah, kata penganalis­is.

Presiden Pertubuhan Penganalis­is Teknikal Malaysia, Nik Ihsan Raja Abdullah, berkata pasaran tempatan, yang mengalami penjualan pada minggu yang baru berakhir, akan kembali positif didorong jangkaan peningkata­n harga minyak mentah yang akan melemahkan kesan aliran keluar modal besarbesar­an.

“Pasaran minyak mentah semakin baik. Pada dua minggu lepas, ia diniagakan pada AS$55 satu tong dan kini diniagakan pada AS$57/ AS$58 satu tong. Itu sewajarnya menjadi petunjuk,” katanya.

Penjualan dalam bursa tempatan barubaru ini dicetuskan sebahagian­nya oleh perkembang­an luaran.

Di Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutua­n (Fed) mengekalka­n kadar faedah semasa mesyuarat pada 19 dan 20 September namun membayangk­an ia dijangka menaikkan kadar terbabit menjelang akhir 2017.

Selain itu, ia akan mula mengurangk­an lembaran imbangan AS$4.5 trilion pada Oktober, pada masa sama Presiden Donald Trump mengumumka­n pembaharua­n cukai korporat.

Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n AS mempunyai dua lagi mesyuarat daripada lapan mesyuarat tahunan yang dijadual sebelum akhir tahun ini.

Bursa Malaysia berada dalam lingkungan negatif bagi sembilan sesi berturuttu­rut, dengan penurunan terkumpul FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) sebanyak 30.75 mata bagi mengakhiri suku ketiga 2017.

Ini memandangk­an sentimen pasaran di rantau Asia dipengaruh­i oleh ketegangan geopolitik baharu antara Korea Utara dan AS, serta ulasan oleh Pengerusi Fed, Janet Yellen, mengenai kemungkina­n kenaikan kadar faedah.

Berdasarka­n mingguan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 15.46 mata kepada 1,755.58 daripada 1,771.04 pada Khamis minggu lepas.

Indeks FBM Emas susut 192.39 mata kepada 12,531.29 dan Indeks FBMT 100 merosot 198.69 mata kepada 12,189.25.

Indeks FBM Emas Syariah turun 130.61 mata kepada 12,797.37, FBM 70 kurang 189.75 mata kepada 15,057.13 dan FBM Ace menguncup 123.74 mata kepada 6,568.86.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 389.11 mata kepada 16,439.87, Indeks Perusahaan turun 41.34 mata kepada 3,201.21 dan Indeks Perladanga­n kurang 98.7 mata kepada 7,871.96.

Jumlah dagangan menokok kepada 12.69 bilion unit bernilai RM11.57 bilion daripada 10.40 bilion unit bernilai RM8.32 bilion minggu lalu.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama bertambah 9.65 bilion saham bernilai RM11.05 bilion daripada7.71 bilion saham bernilai RM7.88 bilion.

Waran mencatat jumlah dagangan sebanyak 802.06 juta unit bernilai RM79.56 juta berbanding 692 juta unit bernilai RM74.14 juta pada Khamis minggu lepas.

Pasaran ACE meningkat kepada 2.22 bilion unit bernilai RM442.05 juta daripada 1.97 bilion saham bernilai RM362.26 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia